Baka Kucing Paling Cantik Dan Comel Dalam Dunia, Ada 12 Kesemuanya!



Sebelum kita pergi jauh, ni kitorang nak tekankan, semua kucing, Ye SEMUA kucing sebenarnya comel. Itu fakta, tak kiralah kucing belaan korang mahupun kucing jalanan. Tapi ada beberapa baka yang kecomelan dan kecantikan dia tu menyerlah sikit daripada yang lain. Dan baka-baka ini antara yang termahal di pasaran.

#12. Ragdoll

Kucing baka Ragdoll ini terkenal dengan badan yang agak berotot berbabding baka yang lain. Tergolong dalam kategori semi-longhair, menurut CFA atau Cat Fancier Association, Ragdoll boleh dikenali dengan mata yang berwarna biru dan warna badan yang lebih cerah berbanding bahagian lain seperti muka, kaki, ekor dan telinga.

Plus point baka ini, ia suka ‘sambut’ di muka pintu, manja dan suka ikut tuan dia kemana sahaja di dalam rumah.

 

#11. Nebelung

Salah satu baka yang jarang ditemui. Nebelung berasal dari Jerman dan terkenal kerana matanya berwarna hijau selain bulu yang berwarna kelabu kebiruan. Kalau tengok gambar, kucing ini nampak seakan-akan anak patung disebabkan oleh telinganya yang tajam dan mata yang bulat.

Salah satu tarikan lain adalah bulu pada bahagian ekor yang banyak berbanding bahagian lain pada badan.

 

#10. Munchkin

Satu-satunya baka kucing yang mempunyai kaki yang pendek atau kontot. Pada awal pengenalan baka ini, ada lah sedikit kontroversi. Tapi kalau ikutkan, dari segi rupa paras. Memang comel munchkin ni.

Berat seekor Munchkin adalah sekitar 3-4kg dan disebabkan kakinya yang pendek, baka Munchkin tidak boleh melompat.

 

#9. Ragamuffin

Baka Ragamuffin ni mendapat nama daripada ‘perangainya’ yang berlakon lemah apabila didukung. Boleh dikatakan baka yang ‘mewah’ dan personality Ragamuffin ni bersesuaian dengan mukanya yang sweet.

Apa yang menarik, baka ini boleh dilatih untuk mengambil barang dan latihan memakai harness dan tali di leher. Dalam masa yang sama, ia akan membentuk satu ikatan yang kuat antara keluarga dan gemar bermain dengan kanak-kanak dan juga haiwan lain.

 

#8. Kucing Siberia

Baka yang mudah untuk dibela sebagai haiwan peliharaan dan di Rusia, ia dianggap kucing kebangsaan negara tersebut. Walaupun begitu, baka ini amat sukar ditemui di luar negara Eropah.

Mula dikenali selepas disebut dalam buku tulisan Harrison Wier, ia adalah salah satu baka kucing yang tercantik dalam dunia. Tidak seperti kucing lain, tekstur bulu kucing Siberia ini agak berkilau dan ia tidak mempunyai belang mahupun bintik.

 

#7. Exotic

Baka exotic ini boleh dikatakan separa kucing dan separa teddy bear. 100 % comel! Menurut CFA, jika anda mahu membela kucing parsi, tetapi tak mahu terikat dengan penjagaan bulu yang melecehkan, baka exotic adalah pilihan terbaik.

Mempunyai bulu lebat, tebal tetapi pendek ia tak perlu penjaan yang rapi. Hanya perlu disikat dan tak akan bergumpal macam buku kucing parsi.

 

#6. Tukish Van Cat

Mula dikembangkan di United Kingdom, baka jenis Turkish Van ini sangat jarang ditemui. Untuk mengenalnya, di kepala kucing ini dan ekornya mempunyai corak, manakala bahagian lain adalah berwarna putih.

Dengan bulu yang tidak terlalu panjang, berat badan baka ini boleh mencapai 7kg dan ia agak nakal dan suka melompat di rumah.

 

#5. Kucing Parsi / Persian

Kucing yang comel dan gebu ini rasanya tak perlukan pengenalan yang panjang. Pada tahun 2015, baka parsi diiktiraf sebagai kucing kedua paling popular di Amerika Syarikat.

Baka yang berasal dari Iran (Parsi) ini mula ditemui seawal tahun 1620 lagi. Ia digemari ramai kerana tekstur bulunya yang lembut dan panjang selain mudah jinak. Kucing parsi juga gemarkan perhatian.

Apa yang menarik, baka ini mempunyai sekurang-kurangnya 80 variasi atau kombinasi warna dan sentiasa nampak cantik dan menawan.

 

#4. Kucing Bengal

Baka Bengal ini pernah popular di Malaysia sejak dua atau tiga tahun lepas. Dengan rupa seakan-akan seekor harimau, baka ini juga mampu berenang. Sebenarnya, walaupun penampilannya seperti kucing liar atau kucing hutan ia adalah baka domestik yang dijumpai di Amerika Syarikat.

Mempunyai berat sekitar 4.6kg, kebiasaannya kucing Bengal mempunyai corak badan yang seakan-akan harimau bintang.

 

#3. Kucing Birman

Baka Birman pertama kali dijumpai di Perancis dan Birman bermaksud ‘Burma’ yang diambil daripada perkataan Perancis iaitu Birmaine.

Dengan penampilan yang menarik, mata berwarna coklat dan biru kucing ini kelihatan seolah-olah memakai stoking yang terang. Secara tak langsung ia nampak cantik, walaupun sebenarnya agak nakal.

Cici-ciri unik Birman adalah tapak kakinya yang berwarna putih!

 

#2. British Shorthair

Manja dan salah satu baka yang mahal di Malaysia. Seekor anak kucing British Shorthair boleh mencecah harga sehingga RM3,000 dan ada yang lebih daripada itu.

Satu perangai comel kucing ini adalah ia sangat manja dan mudah mesra dengan orang. Selain itu ia sangat mudah untuk dilatih dan mudah mengadaptasikan diri. Saiznya dikelaskan sebagai pertengahan dan besar.

Apa yang membuatkan ia digemari ramai adalah BSH ni dia senang kelam-kabut dan sangat tak akrobatik. Hikhikhik

 

#1. Maine Coon

Tak dapat dinafikan, baka Maine Coon adalah baka yang tercantik pernah ditemui. Dengan bentuk fizikal yang unik (kebiasaannya besar dan panjang), Maine Coon adalah pemburu yang hebat.

Mempunyai bulu lebat di seluruh badan, ada yang kata Maine Coon ini ada sikit persamaan dengan anjing dari segi karakter.