Bar Coklat Nutella Mula Dipasarkan Di UK

GAYA HIDUP
September 20, 2017 - 03:10 PM


Siaplah Kit-Kat, Kinder dengan cokelat cokelat lain… Nutella pun dah keluarkan bar cokelat sendiri!

Akhirnya! Setelah sekian lama, Ferrero iaitu syarikat yang mengeluarkan Nutella telah keluarkan biskut bar cokelat di UK.

Menurut The Sun, bar cokelat yang dinamakan B-Ready Bar itu ialah sejenis biskut yang diatasnya disalutkan Nutela dan juga puff rangup. Memang syurga dunia buat penggemar cokelat lah kan…

Menurut pengarah Ferrero, "B-ready ini boleh dianggap sebagai snek tengah pagi yang ideal, kerana ia mengandungi kurang daripada 120 kalori, sementara produk lain - seperti Kinder Bueno - lebih sesuai untuk menyiarkan snek makan tengah hari."

Harga untuk pasaran di UK ialah hanya 59p (79c) atau lebih kurang 3 Ringgit lah jugak untuk satu bar dan £ 1,99 ($ 2.68)  untuk pek yang ada 6 bar. Bersamaan dengan +- RM 11.20.

Ini adalah berita baik sebab peminat Nutella memang dal lama tunggu bar cokelat daripada mereka.

 

Moga cepat sikit sampai Malaysia =D