Barang-Barang Lama Yang Mempunyai Nilai Tinggi Di Pasaran Sekarang! No. 9 Tu Tengah Trending...

GAYA HIDUP
March 06, 2018 - 04:55 PM


Sesuatu yang lama, vintage atau klasik tak mungkin boleh dibarukan. Namun, sekiranya korang ni merupakan penggemar barang-barang seperti ini, korang berkemungkinan ada simpan beberapa ‘lubuk’ duit, tanpa sedar.

Daripada koleksi buku, piring hitam mahupun pasu bunga. Semua itu mempunyai peminat-peminat masing-masing yang boleh dikatakan sanggup mengeluarkan duit untuk mendapatkan atau melengkapkan koleksi mereka.

Mungkin korang tak perasan, tetapi berkemungkinan ada ‘lubuk’ duit di rumah korang tu yang hanya mengumpul habuk dalam stor. Ini adalah senarai barangan yang mungkin boleh mendatangkan pendapatan extra.

 

#1. Komputer Apple Vintage

Sekiranya korang-korang kat luar sana yang mempunyai komputer original Apple, cuba tengok-tengok ada tak orang cari di e-bay.

Menurut sumber, Apple 1 merupakan salah sebuah model yang pernah terjual sekitar 350 ribu USD dan dibeli oleh collector. Model Apple II dan III pula dikatakan berharga sekitar 1,000 hingga 2,500 Usd menurut laman web TurboFuture.

 

#2. Piring Hitam

Pring hitam atau vinyl merupakan salah satu item yang sering dikumpul oleh para collector barangan antik dan vintage sehinggalah hari ini.

Antara yang paling banyak dibuat koleksi adalah daripada The Beattles’ “Yesterday and Today”. Jangan terkejut kerana di eBay, jualan vinyl The Beatles pernah mencapai sehingga 15 ribu USD (RM 58 ribu).

 

#3. Buku Edisi Pertama

Bagi penggemar buku, jika korang mempunyai buku edisi pertama, bolehlah berkira-kira untuk menjualnya jika terdesak.

Novel klasik seperti “The Adventure of Tom Sawyer” dan “The Wizard of Oz” dikatakan bernilai hampir 1 juta USD!!

 

#4. Alat Muzik

Untuk kategori alat muzik, alatan yang selalu dijadikan koleksi adalah gitar. Dan menurut Majalah Vintage Guitar, antara gitar yang paling ‘rare’ adalah Gibson Explorer yang berharga sekitar 250 ribu hingga 300 ribu USD.

 

 

#5. Komik

Selain novel, koleksi komik juga boleh juga dijual dan ada pembelinya. Lagi-lagi jika anda mempunyai koleksi lengkap dan dalam keadaan yang baik.

Walaupun harga komik ini bergantung kepada kondisi dan juga ke’rare’-an komik tersebut, tapi percayalah, aka nada yang berminat nak dijadikan koleksi.

Dikatakan komik DC yang terawal, tahun 1939 yang memperkenalkan watak Batman berharga sekitar 1.4 Juta USD! Siapa sangka harganya boleh jadi sampai gitu, ye tak?

 

#6. Figura Aksi (Action Figure)

Boleh dikatakan kesemua figura tahun ’80 mempunyai harga di pasaran. Jika tidak pun, kalau korang ada action figure seperti Star Wars, Transformers, ataupun yang terkini, jangan risau.. Ada peminatnya, cuba cari group jualan di Facebook.

Untuk figura aksi ini, dikatakan siri ‘He-Man and the Masters of the Univers’ merupakan koleksi yang sangat berharga.

 

#7. Duit Lama

Di Malaysia, sama ada kertas ataupun syiling lama memang ada harga lagi. Sekiranya korang pengumpul syiling lama pula, cuba tengok ada tak kolesi duit dollar tahun 1964.

Katanya 90% kandungan syiling tersebut adalah perak dan harganya bergantung kepada tahun diisukan.

Senarai Duit Malaysia Yang Rare

 

#8. Memorabilia

Untuk kategori yang ini, selalunya barangan yang dikeluarkan sempena memperingatkan sesuatu ataupun barangan yang menjadi kenang-kenagan. Sebagai contoh koleksi jersi sukan seperti besball, basketball mahupun bolasepak yang ditandatangi oleh pemain.

Memorabilia ni akan lagi mahal jika ada tandatangan pemain atau seseorang yang berkaitan dengan koleksi anda tersebut.

 

#9. Kasut

Quote Bersama Koleksi Adidasnya...

Untuk kategori kasut ini, pasaran dia besar. Kerana ada macam-macam jenis kasut yang dijadikan koleksi di Malaysia.

Ada yang kumpul Jordan, ada yang kumpul Adidas.

Walaupun bukan kesemua kasut ada harganya, tapi ingat tak baru-baru ini Vans ada keluarkan kasut edisi khas Pa’Din dan juga Metallica?

Memang sold out dalam masa 30 minit katanya. Jadi kalau ada tu, kira rare dalam Malaysia ni. Katanya sekarang harga untuk kasut tersebut dah jadi tiga kali ganda!

So, macam mana? Ada tak barang-barang yang disebutkan dalam stor rumah tu? Kalau ada, masukkan dalam ebay atau mudah. Tapi, pastikan pembeli tu bukan scammer ye… Kalau tak, rugi je..