Beg Tangan Hermes Birkin Mencecah Harga Jutaan Ringgit, Ini Sejarah Sebalik Harganya

GAYA HIDUP
May 22, 2018 - 04:21 PM


Kecoh baru-baru ini mengenai beg tangan berjenama milik isteri bekas Perdana Menteri yang dirampas oleh pihak PDRM kerana disyaki ada kaitan dengan skandal 1MDB.

Dalam senarai yang tular di media sosial dan aplikasi whatsapp, antara barangan yang dirampas adalah 274 kotak yang mengandungi beg tangan mewah dan antaranya adalah Hermes Birkin.

Memandangkan harga setiap satu daripada Hermes Birkin ini hampir mencecah jutaan ringgit, AJ tertarik nak selidik apa penyebab beg ni mencecah harga sebegitu rupa.

Apabila sebut tentang beg tangan, Hermes Birkin boleh dikatakan sebagai simbol status kekayaan dan juga kemewahan. Mana taknya, seutas beg tangan jenama ini bermua dengan harga RM47,000 dan harganya pulak akan sentiasa meningkat setiap tahun sehingga ada yang mencecah RM 3 juta!

Kalau nak diikutkan, dalam kalangan selebriti ramailah yang mempunyai Hermes Birkin ni. Antara yang dikatakan mempunyai koleksi terbanyak adalah Victoria Beckham dan adik beradik Kardashian. 

 

BAGAIMANA TERCETUSNYA IDEA HERMES BIRKIN?

Sebenarnya, beg yang melambangkan kekayaan dan kemewahan ni dihasilkan pada tahun 1984 dan namanya pula diambil daripada seorang perlakon terkenal British iaitu Jane Birkin yang berpangkalan di Paris.

Tercetusnya idea penghasilan beg ini adalah disebabkan satu insiden yang terjadi kepada Jane Birkin dalam penerbangannya dari Paris ke London. Nak dijadikan cerita, katanya tempat duduk Jane telah dinaiktaraf ke kelas pertama dan secara kebetulan, di sebelahnya adalah Ketua Pegawai Eksekutif Hermes pada waktu itu, Jean-Louis Dumas.

Ceritanya, semasa pesawat bersedia untuk berlepas, Jane cuba memasukkan kesemua barangan miliknya ke dalam tempat letak beg. Jane pada waktu itu hanya membawa beg jerami dan beg berkenaan tidak dapat menampung kesemua barang Jane dan menyebabkan ianya bocor dan jatuh bersepah.

Mungkin bersepah macam ni la barang dia...

Jane secarat tidak semena-mena telah mengamuk dan berkata yang beg-beng cantik semuanya tidak cukup besar untuk membawa banyak barang. Ayat inilah yang mencetus idea kepada CEO Hermes dan beliau memikirkan pada waktu itu, bukan Jane seorang sahaja berdepan dengan masalah yang sama.

Hermes Birkin terhasil apabila Jean-Louis mencadangkan Jane untuk mendapatkan beg yang berfesyen serta yang kukuh dan kuat. Disinilah tercetusnya penghasilan aksesori yang mencecah harga jutaan ringgit ini.

 

CIRI-CIRI BEG HERMES BIRKIN

Beg Hermes Birkin boleh dikenali dengan signature pada jenis jahitan yang digunakan iaitu jahitan pelana. Dihasilkan pada tahun 1800-an, kesemua beg Hermes adalah buatan tangan daripada proses jahitan, cat, gilap dan semua ini mengambil masa beberapa hari untuk menyiapkan sebuah beg.

Kulit yang digunakan pada beg Hermes kebiasaanya adalah kulit buaya dan diperoleh daripada sumber di Perancis. Isu penggunaan kulit buaya, Jane Birkin pernah memberitahu Hermes agar menukar penggunaan kulit buaya kepada kadbod ataupun plastik supaya lebih ringan. Tetapi ianya tidak digemari kerana ramai wanita sukakan kulit.

Kebiasannya, konsep Birkin adalah mengutamakan saiz, elegan dan sporty sama ada berbetuk beg yang dibawa dengan tangan ataupun yang sling bag ada tali. Ia ada 4 studs base dibawahnya, membuatkan beg ini stabil dan Beg Hermes Birkin ada pelbagai saiz. Bermula dari 25cm, 30cm, 35cm, 40cm, 50cm hingga yang lebih besar.

Dan dengar cerita, setiap beg Hermes Birkin ini dihasilkan oleh seorang artisan dengan tangan mereka. Disebabkan taknak menganggu kreativiti dan membataskan hasil kualiti sesebuah beg,  Setiap artisan menggunakan tools (perkakas) mereka sendiri.

 

Fuh, patutlah harga mampu mencecah jutaan ringgit.