Berhenti Kerja Tanpa Back Up Plan! Ini Mungkin 4 Perkara Anda Boleh Buat

GAYA HIDUP
February 05, 2018 - 05:41 PM


Berhenti kerja bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk dilakukan oleh seseorang individu, lebih-lebih lagi dalam zaman yang melibatkan persaingan yang tinggi dalam dunia pekerjaan. Disebabkan itulah ramai yang sanggup bertahan hingga bertahun-tahun lamanya walaupun hakikatnya individu itu sudah tiada hati untuk bekerja di situ.

Begitulah yang dialami oleh individu ini pada suatu ketika dahulu. Memilih untuk berhenti kerja secara tiba-tiba tanpa sebarang perancangan rapi, individu ini tekad dengan keputusannya untuk menjadi seorang penulis freelance dan meninggalkan kerja sedia ada. Walaupun keputusan yang dibuatnya itu sangat-sangat berisiko, namun baginya keputusan itulah tunjang kepada perjalanan kerjayanya.

Namun, ada 4 perkara yang dapat dipelajari akibat daripada tindakannya itu:

1. Tak Perlu Approval Sesiapa

''Kadang kala saya mengharapkan ada yang memuji tindakan berani yang saya buat ini. Namun, rata-rata akan memberi pendapat keputusan yang dibuat ini benar-benar tak masuk akal! Tetapi apa yang penting sebenarnya adalah kepuasan diri saya sendiri. Sudah lumrah manusia yang memang craving pujian, tetapi apa yang penting adalah diri kita sendiri.'

2. 'Ketakutan' Adalah Perkara Yang Mengujakan!

''Sebab itulah ada orang yang suka layan movie seram walhal dia sangat penakut. Inilah yang dipanggil sebagai perasan puas dan excited yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Setiap hari saya akan dipenuhi dengan tanda tanya kerana saya tidak tahu apa yang bakal dihadapi keesokan harinya. Stress, kan?

Tapi dalam pada masa yang sama saya juga teruja!''

3. Takkan Tahu Sampailah Mencubanya Sendiri

''Memang kedengaran cliche, namun itulah hakikatnya. Kita tidak akan tahu tahap kemampuan diri kita sampailah kita cubanya sendiri. Lihatlah sekarang, saya sendiri pun tak sangka yang saya dapat melakukan beberapa perkara yang tidak pernah terfikir saya dapat melakukannya sebelum ini. Saya pasti saya tidak akan dapat merasa apa yang saya rasa sekarang jika saya masih kekal pada kerja lama.'

4. Kerjaya Anda Bukan Kayu Pengukur Siapa Diri Anda Sebenarnya

''Saya percaya kita semua ada keinginan untuk membuktikan yang kerjaya kita mencerminkan diri kita yang sebenarnya. Padahal kita tersilap sebenarnya. Kerjaya kita cuma sebahagian daripada elemen penambah yang ada dalam kehidupan tetapi bukanlah penentu siapa kita secara keseluruhannya.'' ''Oleh itu, sekiranya anda bercita-cita untuk berhenti kerja tanpa sebarang back up plan, saya harap nasihat ini betul-betul dapat membantu anda dalam membuat keputusan yang sewajarnya,'' tambahnya lagi.

Sumber