Bila Kereta Klasik Diberi Nafas Baru, Ini Versi Elektrik MINI

GAYA HIDUP
March 30, 2018 - 12:58 PM


Secara jujur, filem ‘The Italian Job’ sedikit sebanyak menanamkan minat ramai orang terhadap kereta comel, klasik dan ikonik ini.

Selaras dengan perkembangan dunia automotif yang kearah EV atau Elektronik Vehicle, salah satu kereta ikonik dunia ; Mini juga tak nak ketinggalan. Bersempena dengan New York Autoshow yang berlangsung bermula hari ini.

Dalam satu usaha oleh BMW, mereka ingin memperkenalkan kereta kompak yang mesra alam tapi masih mengekalkan rekaan klasik asal yang ada pada model Mini tersebut.

Selain enjin yang lebih senyap, kenderaan elektrik ini dilengkapi dengan pek bateri, motor elektrik dan port pengecas.

Namun, untuk menunjukkan yang ianya kenderaan elektrik, logo ikonik Mini di bahagian depan kenderaan ini telah digantikan dengan logo elektrik yang terdapat pada kesemua kenderaan elektrik syarikat berkenaan.

 

Tapi, tapi, kalau anda berhajat nak memiliki kenderaan ini buat masa sekarang, anda boleh lupakan hasrat anda tersebut. Sebabnya, kereta klasik Mini Elektrik ini hanyalah projek one off dan direka hanya untuk tatapan pengunjung di New York Autoshow.