Bilik Tidur Dibina Ala Kapal Star Wars, Lihat Bagaimana Hasilnya…



Sebagai peminat Star Wars, anda tentu tahu tentang Millenium Falcon. Kapal penghantar muatan yang boleh dilihat melalui kebanyakan episod filem Star Wars.

Seorang kanak-kanak mendapat ‘hadiah’ yang tidak boleh dilupakan olehnya. Sebagai seorang peminat Star Wars tegar, bapanya Dericrw telah mengubah suai bilik tidur supaya ia bertemakan Star Wars.

Selain meniru beberapa elemet yang berada dalam kapal pengankut tersebut, katilnya pula telah diubah suai supaya kelihatan seperti kokpit kapal berkenaan.

Anda tengok sendiri hasil kerja Dericrw ini, memang kemas dan sangat terperinci. Kalau macam ni, orang dewasa pun teringin!