Bulu Kemaluan: Cukur Atau Potong? Ini Fungsi Sebenar Bulu Ari-Ari
GAYA HIDUPBagi sesetengah orang topik ini mungkin agak sensitif tapi tahukah anda sebenarnya kenapa bulu tumbuh di sekitar ari-ari? Mesti ada sebab kenapa ia tumbuh di kawasan itu. Sama juga buluyang tumbuh di tempat lain, masing-masing ada fungsi.
Jom kita tengok apa fungsi sebenar bulu dikemaluan kita.
Kajian di Amerika Syarikat mendapati 76 peratus rakyat mereka mempunyai kawasan bulu ari-ari yang licin, sama ada dengan mencukur, menarik atau menggunakan pelekat. Di antara jantina rakyat Amerika Syarikat, peratusan lelaki yang tidak mempunyai bulu ari-ari adalah 67 peratus dan wanita pula 85 peratus!
Statistik lain yang anda perlu tahu - walaupun 85 peratus wanita Amerika Syarikat membuang semua bulu ari-ari, hanya 56 peratus yang benar-benar percaya mereka perlu membuang bulu ari-ari dengan selebihnya mempersoalkan keperluannya, namun tetap melakukan tindakan itu.
Menurut kajian, memang sejak dulu penerimaan masyarakat berbeza-beza mengikut zaman. Orang Mesir zaman dulu menganggap menyimpan bulu ari-ari satu tindakan tidak bertamadun. Orang Greece lama pula mahukan semua wanita mempunyai badan yang bersih dan licin serta mempunyai satu alat khas yang dinamakan valsell, untuk menarik bulu yang tumbuh
Trend ini kekal sehinggalah abad ke 20. Hanya selepas penciptaan pisau cukur yang memudahkan cukuran dilakukan, barulah trend ini mengalami perubahan semula. Bagi menyokong pengeluaran pisau cukur, pengiklan mula memainkan sentimen menyimpan bulu ketiak dan bulu ari-ari sebagai sesuatu yang menjijikkan.
Sentimen ini berjaya dan jualan pisau cukur melonjak dengan pantas. Penciptaan pakaian renang bikini melonjakkan lagi trend mencukur bagi wanita.
Trend ini mempengaruhi dunia sehinggakan kita ketika ini, mempunyai pandangan yang bercampur baur berkenaan isu ini.
Persoalannya - pentingkah bulu ari-ari?
Tidak ramai yang menyedari sekiranya bulu ari-ari dibuang, liang-liang terbuka yang dibiarkan terdedah mampu menjadi jalan masuk bagi bakteria. Apa yang membimbangkan oleh kerana liang-liang terbuka ini ada, penyakit jangkitan disebabkan hubungan seksual lebih mudah berlaku daripada satu individu ke individu lain
Dalam kajian yang telah dijalankan, bulu ari-ari sebenarnya bertindak sebagai penapis yang menyerap kelembapan. Sekiranya tidak ada bulu yang menapis, kulit menjadi lebih terdedah pada bakteria dan peluang untuk seseorang terkena herpes atau kudis pada kemaluan meningkat.
Ini diperkukuhkan lagi dengan penemuan pihak penyelidik cukuran licin pada organ pesakit yang perlu dibuang untuk menyenangkan pembedahan, menyebabkan kadar jangkitan kuman lebih tinggi berbanding pesakit yang tidak dicukur.
Kecederaan yang berlaku pada bahagian kulit mungkin tidak dirasai, tetapi realitinya luka-luka bersaiz mikroskopik yang wujud mampu menyebabkan kegatalan atau rasa kurang selesa, yang meninggalkan parut halus pada permukaan yang dicukur.
Penyelidik juga mendapati wujud simptom-simptom bertambahnya selulit di kulit yang dicukur pada bahagian skrotum dan zakar bagi lelaki, serta labia bagi wanita yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Selain itu, fungsi paling penting bulu ari-ari adalah sebagai tempat pengumpulan pheromone. Pheromones adalah bau badan yang dihasilkan untuk merangsang tarikan seksual diri kita pada orang lain. Pheromones diperangkap di bahagian bulu ari-ari yang mengeluarkan rembesan pheromone tidak berbau. Hanya selepas rembesan itu bertindak balas dengan bakteria yang ada, bau unik setiap individu akan terhasil
Kaum wanita didapati lebih mudah tertarik dengan lelaki yang mempunyai tahap MHC yang jauh berbeza dengan badannya sendiri dan begitu juga sebaliknya. Anak yang terhasil daripada pasangan yang jauh berbeza tahap MHC di antara mereka pula, mempunyai kecenderungan untuk bertubuh lebih sihat kerana didapati mempunyai faktor genetik yang lebih baik.
Ok persoalannya adalah anda memilih untuk mencukur atau potong? Darti segi sains mungkin ianya tidak elok di cukur tapi dari segi kebersihan dan Islam bulu kemaluan wajib di cukur dan jangan di biarkan selama lebih 40 hari, nanti syaitan akan suka menyorok kat situ.
Sumber rujukan dari Iluminasi!