Cara Terbaik Nak Gayakan Skinny Jeans, Barulah Nampak Smart!

GAYA HIDUP
January 17, 2018 - 04:25 PM


Kalau dulu, skinny jeans ni sering dikaitkan dengan golongan remaja ataupun geng-geng punk dan skinhead. Kini skinny jeans ternyata menjadi salah satu seluar yang wajib dimiliki oleh semua jejaka untuk kelihatan lebih menarik dan hensem. 

Selain menjadi pilihan para fashionista, skinny jeans masa kini menjadi salah satu trend yang sesuai digayakan untuk kemana sahaja kalau betul cara dan teknik menggayakannya.

Selain dipakai dengan t-shirt, anda boleh cuba 3 cara ini untuk menambahkan ‘style’ pada pemakaian anda.

#1. Smart Casual

Walaupun sesetangah pihak menganggap pemakaian skinny jeans ini agak selekeh sebab pemakaian skinny jeans ini akan menampakkan bahagian buku lali. Namun seiring dengan zaman, perkara tersebut mula diterima ramai.

 

Untuk dapatkan elemen smart kasual, padankan skinny dengan kemeja ataupun turtleneck jika mahu kelihatan santai. Namun, sekiranya anda ingin kelihatan sedikit awesome, padankan dengan blazer ataupun jaket denim.

 

#2. Classic Grunge

Sebut pasal grunge, nama pertama yang kita akan kaitkan sudah tentulah Kurt Kobain. Sebenarnya, skinny jeans mula digayakan pada era rock tahun 80/90an dengan oversize skinny.

Pemilihan seluar skinny yang agak besar dikatakan dapat memodenkan gaya yang klasik ini. Kenakan dengan t-shirt dan kemeja yang tidak dibutangkan. Disebabkan gaya ini agak santai, dan fleksibil, anda boleh cuba padankan dengan denim mahupun parka.

 

#3. Altenatif Rock

Nak tampil lebih ‘keras’ atau ranggi, gunakan cara ini. Pilih skinny yang bertona gelap ataupun hitam, kenakan degan pakaian dan kasut serba hitam.

Selain dapat menarik perhatian ramai, gaya sebegini boleh menampakkan anda lebih maskulin dan kelihatan muda.

 

Cubalah… Rakan anda mungkin akan mula memuji anda selepas ini.

 

Sumber | Glam Lelaki