Cerita Seram Bila Lampu Terpadam Dengan Sendiri di Asrama



Cerita ini telah di ubah suai untuk bacaan setiap lapisan umur. Gitteww! Perkongsian dari Aku Sang Pendosa.

Seperti biasa.. sebelum kita mulakan penceritaan yang penuh dengan babak ngeri dan misteri.. saya minta kerjasama semua pergi duduk sorang2.. hahahaha.. ok la aku tak femes mana pun.. aku mulakan je la cerita aku.. btw nama2 dalam cerita telah diubah.

Kerana cerita ni agak seram sehingga aku mengingatkannya pun meremang segela bulu roma aku.. aku nasihat semua untuk mulakan pembacaan dengan membaca ayatul qursi terlebih dahulu. #pendindingpertama

Cerita ni berlaku pada beberapa tahun yang lepas. Ketika ini aku dah ada team aku sendiri utk pergi merawat di luar2 kawasan. Jam menunjukkan 1.30 pagi kami dikejutkan dengan panggilan dari seorang warden di sekolah asrama penuh.

Berlaku histeria yang agak pelik kejadiaanya.. sampai sahaja kami di sekolah tu.. tanpa sempat ronda2 sekolah kami terus dibawa ke surau sekolah tu. Lebih 50 orang pelajar kerasukkan..

Aku jadi hairan la. Kebiasaan kes2 histeria ni paling ramai pun bawah 20 orang.. ini bilamana dah sampai lebih 50 orang pelajar wanita dan lelaki yang kerasukkan menimbulkan juga la tanda tanya pada aku.. apa yang sebenarnya yang berlaku kan?

Saiz surau lebih kurang besar ni

Sambil2 perawat yang lain menyediakan perkakas2 rawatan aku sempat la menyembang dengan warden tu apa yang berlaku sebenarnya.. Warden" tempat ni memang keras sikit ustaz.. dari dulu seperti tradisi memang setiap tahun ada je student kami yang kena histeria"

Kebetulan siang tadi.. persatuan kesenian dan kebudayaan ada buat rehearsal untuk pertandingan tarian.. tetapi lagu dia ustaz.. Allah agak keras sikit.. lagu ulik mayang ustaz..

Bila mana warden tu kata macam tu faham la aku kenapa mereka ni kerasukkan lain macam.. rupanya bercampur diantara jin yang dipuja dengan jin yang ada berkeliaran dikawasan sekolah tu.

"Dorang ni jadi macam ni sebelum maghrib lagi ustaz..tapi time tu boleh katakan tak sampai 10 orang yang kena.. jadi kami usung bawa ke surau ni.. sebab takut mereka lari sampai ke kawasan2 pokok kelapa sawit.. (mmg sekolah tu dikeliling dengan pokok kelapa sawit)"

"Sedang elok dorang dah habis rehearsal ada pelajar2 ni yang tak habis2 bergurau tentang lagu ulik mayang.. sampai la ada yang tetiba pengsan" Jadi lagi teruk ni ustaz bila mana kami ikhtiar ramai2 baca yasin. Tu yang kami panggil ustaz datang sini..

Siap je perkakas. Air syifa dan bebarapa lagi barangan yang lain.. kami 4 orang pecah ambil bahagian masing2.. aku macam biasa tamak sikit.. ruqyah pakai mic.. lebih 50 orang nak ruqyah satu2 memang pancit la wei.. jadi ruqyah la beramai2..

Sedang elok aku tengah sedap baca ruqyah dengan alunan hijaz.. hampir semua pelajar yang kerasukkan menjerit2 macam nampak "benda" dan ada yang tertunjuk2 kat satu kawasan.. perawat keluar pergi check.. Allah.. Elok je benda alah tu bertenggek dekat pokok luar surau.

Perawat datang minta pendapat nak buat apa dengan benda yang kat luar.. aku suruh abaikan.. fokuskan terlebih dahulu pelajar2 dalam surau ni. Bayang kanlah semua student duduk himpit2 di kawasan belakang surau.. takut nak balik ke hostel masing2..

Aku ruqyah sampai la surah yasin aku lakukan 7 mubin.. elok je tengah syahdu mengalunkan ayat.. Bunyi salakan makin galak di luar.. semakin kuat bacaan ruqyah semakin kuat bunyi salakan.

Dah lenjun berpeluh aku kat depan baca ruqyah.. gangguan tak kurang2.. aku ambil keputusan nak berbicara dengan benda yang di luar.. Time ni segala perasaan datang.. diantara keyakinan dengan ketakutan..

Sampai sahaja di luar.. aku melakukan beberapa perkara yang diajarkan oleh guru2 aku.. adat2 yang tak bertentangan dengan syariat islam.. first aku beri salam 3 kali.. tiga2 kali tidak ada sahutan.. yang disambut hanyalah hilaian..

Aku cut story sebelum story ni jadi novel 450 pages nanti.. aku langsung meditasi.. aku ambil masa dan aku langsung bertanya.. "apa yang kamu mahu? Mengapa kau menganggu anak cucu adam ini??"

Segala soalan aku tidak berjawab hanya dibalas dengan hilaian sahaja.. sampai aku dah naik jelek.. aku bacakan ayat lontar.. aku tujukan pada tempat jin bertenggek.. alhamdulilah suara mengilai hilang berganti pula......

Tang ni aku nak cerita seram beb.. aku ingat lagi.. ibarat satu persatu jin dekat pelajar yang kena rasuk berpindah berkumpul di satu jasad budak perempuan. Real beb time ni. Budak perempuan tu duduk tenung je muka aku.. lidah dia terjelir tak normal panjang dia..

#BilaLampuTerpadamDenganSendiri, ketika inilah lampu surau ada yang pecah, betul2 di bahagian pelajar yang dirasuki dengan jin2 yang berkumpul didalam surau td..

INNAHU MIN SULAIMAN WAINNAHU BISMILLAHIRROHMANIRROHIM, ALLA TA'LUU ALAYYA WA'TUUNI MUSLIMIIN. 

Aku ulang 7 kali ayat ni..

selesai 7 kali aku ambil keputusan untuk berdialog. "Wahai sekalian jin yang berada didalam jasad ini.. apa urusan kalian dengan budak ini"

"Kami tidak ada urusan dengan budak ini.. tapi budak ini yang memanggil2 kami.. bila kami dekat dengan dia.. dia tumbang" Alhamdulilah kali ni pertanyaan aku berbalas. "Tapi apabila dikalangan kalian terus menerus mengganggu kami. Lebih ramai golongan kami yg datang"

"Demi ALLAH dan demi Rasulullah.. aku diminta utk datang kesini utk memulihkan kembali semangat pelajar2 disini bukan utk memerangi kalian.. aku minta kalian keluar dari tubuh budak ini.. sebagaimana kalian masuk begitu juga aku minta kalian keluar" aku cuba nego.

"Kami boleh keluar tetapi ada diantara bangsa kami yang bengis tidak akan akan ikut keluar dengan kami. Kami minta jangan dipermainkan bangsa kami. Kami nampak kalian tetapi kalian belum tentu mampu untuk nampak bangsa kami" habis je cakap zupp. Terus tumbang pelajar tu..

Cerita masih on going lagi . Come on guys.. keep on reading.. terima kasih kerana support.

Seperti biasa.. jangan sesekali percaya pada kata2 jin.. kali ni aku pergi dekat bahagian kepala pesakit.. tekan di belakang telinga dan aku teruskan ruqyah (cara2 utk detect gangguan)

Kali ni.. berderau darah aku. Bilamana suara yang keluar masih bukan suara pelajar tu. "Budak ni yang panggil aku.. aku hanya ikut dia je.. bukan urusan kau utk halau aku dari badan dia.. "

Aku terus potong. "Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku. (Adz-dzariyat: 56)."

Mana dalilnya kalian mampu duduk dalam badan manusia.. larangan keras dari ALLAH.. dan laknat ALLAH terhadap kalian yang melanggar batas2 pergaulan.

Aku bukan apa.. aku ikut pesanan guru2 aku.. kalau merawat jangan melanggar batas.. dakwah terlebih dahulu.. jika enggan.. keluarkan jin dari badan pesakit ikut tertib.. jangan main langgar padah akibatnya..

TAMAT!

Seram tak?