Cikgu Ini Cipta Lagu Sukan SEA Mampu Buatkan Natizen Meremang Bulu Roma

GAYA HIDUP
August 28, 2017 - 10:42 AM


Sempoi betul cikgu ni. Lagu ni simple tetapi jika di gilap dan di ubah suai secara profesional lagu ini mampu menjadi antara lagu yang mampu membankitkan semangat atlet negara dalam memburu emas untuk suka SEA Kuala Lumpur 2017.

Lagu  'Kamulah Hero' ciptaannya didedikasikan sepenuhnya buat semua atlet yang bertanding dalam KL2017. Idea yang datang secara tiba-tiba ini muncul semasa cikgu ini sedang tengok perlawanan bola jaring di rumah lantas terus menghafal melodi dan lirik untuk di rekodkan.

CIkgu ini juga antara peminat sukan bola jaring selain menjadi jurulatih, beliau juga sering dijemput untuk menjadi pengadil perlawanan bola jaring di Melaka.

Menurut Cikgu yang dikenali sebagai Cikgu Fiza, lagu ini siap dalam masa dua hari sahaja. 

Jom dengar lagu "Kamulah Hero" dari Cikgu Fiza ini.
 

Macam mana? Boleh tahan kan. Mana tau kalau di gilap sepenuhnya boleh setanding dengan lagu Ella "Standing in The Eyes"