COVID 19: Kluster Tempat Kerja Masih Menghantui Rakyat Malaysia

GAYA HIDUP
September 09, 2021 - 10:31 PM


Kluster berpunca dari tempat kerja masih menjadi punca jumlah kes yang sukar berkurangan. 27 kluster baru yang  dilaporkan pada hari ini dan majoriti penyumbang tertinggi bagi kluster dari tempat kerja sebanyak 15 kluster.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan, ia diikuti penularan menerusi kluster komuniti yang mencatatkan sebanyak 11 kluster.

Selain dua kluster tersebut, antara kategori lain yang terlibat ialah kluster pendidikan yang hanya merekodkan satu kluster.


Setakat ini, jumlah kluster yang masih dilaporkan aktif adalah sebanyak 1,450.

Biarpun kita bakal memulakan kehidupan di fasa endemik,  langkah berjaga-jaga seperti pemakaian mask amatlah penting demi memutuskan rangkaian COVID 19. Sentiasa berwaspada & Stay Safe!

Berikut adalah detail bagi 27 kluster baru: