Cushion, Lipstick, Blusher? Apa Ni?? Kalau Para Suami Tak Tahu, Tolong Baca...

GAYA HIDUP
March 15, 2018 - 12:04 PM


Kecantikan dan wanita memang tidak dapat dipisahkan. Namun, untuk para suami, jangan tertekan dengan keadaan sebegini kerana itulah naluri wanita. Nak tampil cantik sentiasa.

Walaupun nanti ada yang kurang bersetuju dengan statement ini, memang betul… Ada sesetengah wanita yang cantik secara semulajadi tanpa perlu mengenakan sebarang alat solek. 

Okay, untuk lelaki-lelaki diluar sana, jangan disekat hobi atau keinginan wanita untuk membeli atau memiliki alat solek dan kalau boleh, amik tahu sedikit tentang benda-benda asas yang selalunya ada dalam beg make-up isteri anda. Ataupun untuk gadis-gadis yang tak biasa pasal make up ni, meh sini Akak Jemah nak bagitahu serba sedikit...

 

#1. Bedak

Bedak atau powder ini biasanya perkara paling asas yang ada kena ada dalam beg tangan. Sebabnya untuk menutup dan meratakan kulit muka. Selain bertindak sebagai foundation yang dikenakan terlebih dahulu sebelum memakai apa sahaja produk. 

 

#2. Gincu

Selain mencantikkan dan menaikkan lagi warna bibir, gincu atau lipstick ini digunakan sebagai pelindung bibir supaya ia tidak terlalu kering dan merekah. 

Untuk gincu, ada pelbagai jenis, antaranya wax, oil dan lain-lain. Tapi kesemuanya mempunyai fungsi yang sama iaitu menaikkan warna, texture atau memberi perlindungan kepada bibir. 

 

#3. Blusher

Pemerah pipi atau blusher dipakai untuk... menaikkan warna pipi lah. Nama pun pemerah pipi. Walaupun namanya ada 'merah' tapi tak semestinya blusher ini bewarna merah, ada juga warna yang berlainan.

Biasanya untuk wanita yang berkulit cerah, diorang akan pakai sedikit untuk menaikkan warna pipi.

Tapi, jangan berlebihan lah, nampak kelakar. 

 

#4. Mascara

Manusia dilahirkan dengan keadaan biologi yang berbeza. Ada yang berbulu mata lebat, ada yang tidak. Dengan guna mascara ini, bulu mata boleh ditebalkan, dilebatkan dan dipanjangkan. 

 

#5. Pewangi

Yang terakhir ini, rasanya tak perlu nak dicerita panjang lebar. Sebabnya baik lelaki atau perempuan, kita mesti akan pakai sedikit minyak wangi untuk tampil lebih wangi dan berkeyakinan sepanajang hari. 

Untuk pewangi, ada dua jenis iaitu EDP atau EDT. Kebiasaanya minyak wangi untuk wanita adalah EDP dan bau mereka lebih manis dan feminin. Tapi ada juga lelaki yang meminati bau macam ini. 

Akak Jemah harap korang yang lelaki-lelaki kat luar sana tu dapt lah sedikit sebanyak input daripada perkongsian akak ni ye... 

 

~Akak Jemah~