Dah Tonton Filem Jumanji? Kalau Belum Ini 5 Sebab Kenapa Anda Kena Tonton Filem Berkenaan.

GAYA HIDUP
December 26, 2017 - 05:41 AM


Jika anda pernah tonton filem Jumanji yang pernah dikeluarkan pada tahun 1995 ini, anda pasti nak tonton Jumanji baru ni. Kalau dulu, ia berkisarkan board game, versi tahun ini dibuat selari dengan zaman, iaitu mereka seolah-olah terperangkap dalam permainan video.

Masih mengekalkan konsep yang sama iaitu mereka harus menyelesaikan beberapa task sebelum boleh ke peringkat seterusnya.

Dan ini ada 5 sebab kenapa anda kena tonton sendiri filem ini.

 

#1. Pelakon

Pada filem tahun 1995, watak utama filem berkenaan dibawa oleh mendiang Robin Williams dan dibantu oleh Kirsten Dunst. Yang kita tahu dua- dua ni memang nama besar di Holywood.

Tapi, untuk versi tahun 2017, pelakon yang ada pun tak kurang hebatnya. Membariskan Dwayne ‘The Rock ‘ Johnson, Kevin Hart, Jack Black , Nick Jonas dan Karen Gillan.

Menariknya disini nanti aka nada ‘twist’ pada watak mereka, nak tahu kena tengok sendiri lah kan… Dan, anda bayang sendiri lah, bila dua orang pelawak bergabung dalam satu filem. Kami dah tengok, dan amat berpuas hati dengan edisi 2017 ni.

 

#2. Ini versi Reboot, Bukan Remake!

Kalau ada yang berpendapat,ia adalah cerita sama cuma pelakon sahaja bertukar, anda salah! Ternyata, sebenarnya Jumanji : Welcome To The Jungle ini adalah filem reboot dari edisi pertama. Nak kata dibuat semua, sangat jauh. Sebabnya memang plot, lokasi, jalan cerita semuanya berbeza.

Kalau dulu, ia mereka ditelan board game, yang terbaru mereka ditelan permainan video.

 

#3. Plot/Jalan Cerita

Walaupun ada yang kata tahun 1995, jalan ceritanya lebih menarik, pada kami, sama sahaja. Kalau yang dulu mereka dibantu oleh watak Alan Parrish untuk keluar dan selesaikan masalah yang dihadapi. Tahun ini, kesemuanya ditelan masuk dan mereka harus bergantung antara satu sama lain untuk keluar daripada permainan tersebut.

Ketika dalam permainan inilah kelainan versi 2017 ini ditonjolkan. Dengan plot yang kelakar, dibantu pula oleh Kevin Hart dan Jack Black. Ternyata filem Jumanji ini memang patut ditonton.

 

#4 Wow Factor

Jika anda cari ‘wow factor’ filem jumanji 2017 ini, memang banyak. Pertamanya, kehadiran Nick Jonas. Wataknya memang tak dijangka. Selain daripada aspek digital yang nak ditekankan serta memang bersesuaian dengan peredaran masa.

Format permainan video berbanding board game, setiap watak ada kelebihan serta kelemahan dan mereka ada 3 nyawa. Sama seperti permainan video.

 

#5. Originality

Filem Jumanji : Welcome To The Jungle ini memang dikatakan mahu menarik penonton millennial dan generasi muda kini. Dengan petukaran daripada filem asal iaitu daripada board game ke permainan video, pada kami, ia satu strategi yang bagus dan senang nak relate.

Walaupun dikatakan tak se’thrill’ Jumanji pertama,iaitu setiap balingan dadu membawakan satu debara buat penonton, konsep filem baru ini bersesuaian dengan permainan video. Iaitu, penyelesaian misi dalam permainan.

Apa-apa pun geng Rileklah suka dengan filem reboot Jumanji ini. Anda kalau belum tengok, tunggu apa lagi...