Dapatkan Vibe Old Skool Dengan Koleksi Terbaru Adidas Original Adicolor

GAYA HIDUP
January 26, 2018 - 07:09 AM


Dalam dunia fesyen ni, koleksi pakaian akan dikeluarkan mengikut ‘season’. Setiap season, berlumba-lumba jenama-jenama besar launch produk dan koleksi masing-masing.

Walaupun ada sesetengah jenama yang susah nak mengikuti atau tampil dengan sesuatu yang baharu setiap season, Adidas dengan awesomenya telah bawa keluar semula old school vibe mereka iaitu adicolor.

Kenapa adicolor ni jadi ikonik satu masa dulu ?

Sebabnya adalah warna yang cerah dan terang! Danuntuk koleksi baru ini, adidas masih menggunakan tona warna yang sama seperti yang mereka keluarkan pada tahun 1983, iaitu Bluebird, Fairway Green, Scarlet Red dan Sun Yellow.

Bukan itu sahaja, adidas juga telah menggabungkan rasa yang ideal kepada adicolor. Koleksi mereka kali ini lebih bersifat urban, kasual dan unisex.

Selain itu, untuk koleksi adicolor terbaru ini, mereka telah memanipulasi saiz logo dan penempatan mereka yang biasa. Sesuatu yang sangat baru dan spontan untuk Adidas.

 

Sumber : mixmag