Daughtry Akan Kembali Lagi Selepas Konsert Daughtry Live In Kuala Lumpur 2018

GAYA HIDUP
July 16, 2018 - 11:54 AM


“Balik ni, tunjukkan pada rakan anda tentang konsert kami, dan bawa mereka bila kami datang ke KL semula lepas ini”, lebih kurang begitulah yang diucapkan oleh vokalis kumpulan Daughtry ketika persembahan mereka di KL Live tempoh hari hampir ke penamat.

Selepas satu dekad membuat persembahan pertama di Kuala Lumpur, Jumaat lepas kumpulan Daughtry yang turut dianggotai oleh Josh Steely, Brian Craddock, Josh Paul, Elvio Fernandes dan Brandon Maclin kembali untuk mengubati kerinduan peminat mereka.

Photo credit : IMC Live Group Malaysia

Konsert ini boleh dikatakan dibuat untuk mempromosikan album terbaru mereka yang bakal dilancarkan tak lama lagi iaitu “Backbone”.

Ruang KL Live mula dipenuhi peminat pada jam 8 dan ada yang tiba seawal pukul 5 petang untuk menyaksikan kumpulan ini. Membawakan 15 buah lagu, dari mula persembahan sehinggalah lagu terakhir, Daughtry banyak berinteraksi bersama penonton dan memberikan persembahan yang sangat bertenaga.

Photo Credit : IMC Live Group Malaysia

Gamat jugak suasana bila lagu ‘It’s Not Over’ dimainkan dan semestinya peminat di’payung’ sebuah lagu lama iaitu ‘Over You’ walaupun serangkap, ia sudah cukup untuk membuatkan semua bernyanyi bersama.

Dibawakan oleh IMC Live Group, tiket untuk meyaksikan konsert ini dijuat pada harga RM298 dan RM258 untuk early bird.

Diharapkan, Daughtry akan kembali lagilah ke sini lepas release album baru nanti kan…