Di Sebalik Fenomena Jualan Murah ‘Black Friday’ – Ini Macam Mana Ia Bermula

GAYA HIDUP
November 22, 2018 - 03:39 PM


Besok, akan bermulalah ‘fenomena’ jualan murah di kebanyakan negara yang selalu disebut-sebut dan waktu paling ditunggu-tunggu oleh ramai orang. Sampai ada yang sanggup tahan shopping setahun, untuk tunggu hari esok, 23 November yang jugak dikenali sebagai ‘Black Friday’.

Kalau nak diikutkan, Black Friday ni merupakan penanda mulanya musim membeli belah sempena perayaan Christmas. Dalam satu kaji selidik yang dijalankan, lebih daripada 70% penduduk di US akan mengambil kesempatan ini untuk shopping.

Terdapat banyak teori berkenaan kenapa hari tersebut dikenali sebagai Black Friday. Ada yang kata ia berkaitan dengan warna ink pada resit pembelian tapi sebenarnya bukan.

Jadi, apa sebenarnya Black Friday ni?

Sejarah Black Friday

Asal usul Black Friday bermula di Philidelphia pada tahun 1950-an. Pada masa tersebut, penduduk di kawasan pedalaman akan berduyun keluar ke kota untuk membeli belah sehari selepas  Thanksgiving, satu perayaan yang disambut mengucapkan terima kasih selepas penuaian hasil tanaman masing-masing.

Berbalik kepada penduduk yang keluar ke bandar tadi, bandar-bandar akan mengadakan promosi jualan murah selain setiap kedai dihiaskan dengan pelbagai dekorasi untuk menarik pelanggan. Kebiasaannya, ia akan berlaku sebelum perlawanan rugby antara tentera diorang yang selalunya diadakan pada hari Sabtu.

Disebabkan terlalu ramai dan banyak perkara yang berlaku serentak, anggota polis diminta bersedia dan terpaksa bekerja untuk 12 jam.

Punyalah ramai umat manusia, sehinggakan kalau tak ada polis yang ramai, amka akan berlaku kekecohan. Orang ramai mula banjiri kaki-kaki lima, tempat parking dan dijalan raya. Kalau ada kekacauan, abang dan kakak polis nilah yang pegi settlekan. Sebab itu timbulnya istilah ‘Black Friday (merujuk kepada uniform polis).

Istilah Black Friday Mula Dipakai

Bermula hanyalah satu bahasa slanga untuk polis, ramai pemilik kedai menggunakan istilah yang sama untuk gambarkan barisan pelanggan yang beratur di kedai masing-masing untuk membuat bayaran.

Pada 1961, ada cadangan untuk menukarkan nama Black Friday kepada Big Friday. Sebabnya nama Black Friday tu kedengaran agak negatif. Tapi perkara tersebut tak diteruskan.

Bermula dari situ, semua pengusaha dan pemilik kedai menggunakan hype nama Black Friday tu dan ada yang melanjutkan promosi jualan mereka sehingga esok hari.

Black Friday Moden

Sekitar tahun 2003, banyak kedai-kedai besar macam Walmart, Kmart dan seangkatan dengannya mula tawarkan promosi seawal jam 5 atau 6 pagi. Pada tahun yang sama jugaklah Black Friday menjadi hari membeli belah yang paling mendatangkan keuntungan.

Menurut data, sebelum 2003, keuntungan hanya akan diperolehi lewat Disember, sebab orang akan mula shopping untuk Christmas.

Pada tahun 2011, Walmart memulakan trend baru iaitu buka kedai mereka pada pukul 10 malam, hari sambutan Thanksgiving dan kedai mereka dibuka sehinggalah malam keesokan harinya.

Apa Kaitan Black Friday Dan Cyber Monday

Cyber Monday, sama jugak dengan Black Friday sebenarnya. Cumanya ia lebih memfokuskan pada laman web e-dagang dan jualan hanya berfokuskan atas talian atau online. Sejarah Cyber Monday ni bermula pada tahun 2005.

Pada tahun 2005, internet baru berkembang di seluruh dunia. Bermula pada itu, Cyber Monday dijadikan terma marketing untuk mengambarkan fenomena beli belah atas talian yang sama ‘gila’nya dengan Black Friday.

Jadi, itulah sedikit sebanyak sejarah Black Friday dan asal usul Black Friday ni. Begitu jugak dengan sejarah Cyber Monday. Jadi, di Malaysia, akan ada syarikat internasional yang akan buat sale-sale sempena hari-hari ni. Korang sediakan duit ajelah.