DJI Mavic Air – Fungsi Kawalan Mudah, Hasil Video 4K Macam ‘Pro’

GAYA HIDUP
July 30, 2018 - 05:00 PM


Kalau siapa ingat, awal tahun ini kitorang pernah tulis pasal Mavic Air dengan menghighlightkan saiznya yang kompak namun dapat menghasilkan video berformat 4K!

Baru-baru ini, kitorang diberi kesempatan untuk meng-review DJI Mavic Air ni.

First impression kitorang, memang awesome, sesuai untuk korang yang baru nak belajar main drone. Main drone disini kitorang maksudkan dengan drone photography atau videography ye. Kalau setakat nak belajar main drone, yang dekat Jalan Pasar tu pun boleh.

Kalau dahulu, videografi  dan fotografi drone ini hanya bertumpu kepada golongan professional sahaja kerana harganya memang mahal dan memerlukan pengalaman jugak untuk menerbangkan seketul drone.

Namun, dengan adanya Mavic Air, DJI seakan-akan membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba fotografi atau videografi drone dengan hasil yang seakan-akan ‘pro’. Hanya dengan menekan dan memilih fungsi yang telah di ‘set’ di Mavic Air ini.

Menurut pihak DJI, dengan Mavic Air, mereka mensasarkan kepada traveller dan instagrammer. Ini bersesuaian dengan saiz drone yang kecil dan kompak ini. Selain kipasnya yang boleh dilipat, dron ini tidak memakan banyak ruang semasa disimpan. Ini termasuklah dengan ‘design’ alat kawalannya yang juga kompak, boleh dikatakan sebesar tapak tangan sahaja.

Untuk penerbangan, dron ini mempunyai kapasiti 40% bateri lebih besar daripada DJI Spark dan ini menjanjikan masa penerbangan selama 21minit.

Selain itu, fungsi tambahan yang pada kami sangat bersesuaian untuk dijadikan dron pertama adalah mempunyai 3 sensor di bahagian depan, belakang dan dibawah dron. Ini membuatkan Mavic Air mempunyai sistem keselamatan yang paling canggih dan dengan adanya sensor 3 bahagian ini, DJI memastikan Mavic Air adalah salah sebuah model yang susah untuk terhempas atau hilang.

Plus point yang kitorang rasa paling best adalah fungsi ‘Quickshots’. Terdapat 6 pilihan shot pantas akan dibuat oleh dron apabila anda memilih fungsi tersebut sama ada rocket, dronie, circle, helix, asteroid dan boomerang. Semua ni akan menghasilkan video yang berlainan. Macam contoh video yang dibawah ni, kitorang pilih asteroid, dia jadi macam ni...

Kalau nak buat secara manual, menurut pakar-pakar dron, mahu mengambil masa setahun atau dua untuk dapatkan shot yang sebegitu.  

Lagi satu, dia ada editing software tersendiri, kita cuma download aplikasi tersebut, selain digunakan untuk mengawal drone korang, dia juga ada beberapa fungsi tambahan dan yang paling best, setiap video yang korang dah hasilkan boleh terus di-edit dan diupload ke media sosial korang. Memang mudah!

Oh, Mavic Air juga ada fungsi hand gesture, dimana kita hanya perlu buat beberapa gerakan tangan untuk kawal drone tersebut. Boleh terbangkan, mendarat, dekat atau jauhkan dron, mengambil video, gambar dan macam-macam fungsi lagi... 

Tengah terpegun fungsi hand gesture... 

Resolusi Video DJI Mavic Air

4K Ultra HD: 3840 × 2160 24/25/30p

2.7K: 2720 × 1530 24/25/30/48/50/60p

FHD: 1920 × 1080 24/25/30/48/50/60/120p

HD: 1280 × 720 24/25/30/48/50/60/120p

Dari segi harga pulak; Mavic Air dijual pada harga serendah RM3,300 untuk pakej standard. Untuk pakej Fly More Combo, harga saranannya adalah RM4,055. Dalam pakej itu, anda akan beroleh perkara seperti:

- 2 bateri tambahan

- 1 set kipas

- hab pengecas

- beg kembara

Oh, ye... korang boleh dapatkan produk DJI melalui laman dalam talian Lazada ataupun melalui mengedar sah di seluruh negara.