dUCk Lancarkan Koleksi Terbaru Kolaborasi Dengan Disney - Disney x dUCk



Peminat tudung jenama dUCk pastinya dah lama tahu tentang kolaborasi yang dilakukan oleh dUCk dan Disney dan pastinya ramai yang tak sabar nak mendapatkan koleksi berkenaan.

Semalam, koleksi dUCk x Disney telah dilancarkan secara rasmi dan apa yang menarik kolaborasi kali ini bukan sahaja menampilkan tudung, tetapi juga aksesori seperti pouch dan alat tulis seperti buku nota.

Menerusi kolaborasi tersebut, ia didatangkan dengan dua rekaan iaitu tudung bawal dan juga selendang. Kedua-duanya datang dengan 4 warna berbeza iaitu ‘Ta-da’, ‘Oh, boy!’, ‘Aww, gee!’ dan ‘Cheers!’.

 

Pembeli yang berminat nak dapatkan koleksi terbaru dUCk x Disney ni, boleh ke cawangan Fashion Valet di Bangsar, Publika dan IOI City Mall ataupun beli online je. Harga dUCK x Disney ni diletakkan pada RM 350.

Kredit photo : IG | theduckgroup