e-Evolution : Teaser Dari Mitsubishi Ini Berikan Pelbagai Reaksi

GAYA HIDUP
September 21, 2017 - 10:41 AM


Selepas pengeluaran edisi terakhir Lancer Evolution X dan menamatkan terus pengeluaran geng Evo, Mitsubishi dikatakan dah ready nak naikkan balik nama Evolution tu.

Tapi… ini mungkin mengecewakan segelintir peminat Evo lah… Sebab Evo baru ini bukan lagi dikeluarkan sebagai Lancer Sedan. Malah, namanya nanti pun ditambah e didepan, e-Evolution. Sebuah SUV Coupe yang sangat aerodinamik.

Namun begitu, rupa bentuk penuh dan segala details dari segi keupayaan engine dan sebagainya masih belum diketahui lagi. Tapi, kebiasaannya… bila dah ada e dekat depan ni, dia ada kaitan dengan elektrik.

Dikatakan coupe ini nanti akan dikuasakan dengan powertrain AWD elektrik. Setakat ini, itu sahaja majlumat yang di’leak’ dalam teaser Mitsubishi. Sebab selebihnya nanti, diorang akan reveal di Tokyo Motor Show yang akan berlangsung pada 28 Oktober hingga 5 November nanti.

Mungkin, kereta tu rupa dia macam kereta konsep dalam Grand Turismo 6 tak…

 

Nanti kalau ada update lagi, kitorang roger! Hehehe..

Rileklah.