ESL One Genting, Acara Minor DOTA 2 Yang Menyediakan Hadiah Berjumlah RM 1.6 Juta!

January 19, 2018 - 12:59 PM


ESL, syarikat e-sports terbesar di dunia, akan memulakan tahun baru dengan acara ESL One yang dikuasai oleh Intel, sekali lagi membawa persaingan e-sukan bertaraf dunia ke Arena of Stars di Resorts World Genting, Malaysia.

Copyright : ESL

ESL One Genting 2018 akan berlangsung pada 23-28 Januari 2018, dan juga merupakan pertandingan Minor rasmi ketiga pada tahun ini. Selain menampilkan 16 pasukan Dota 2 terbaik seperti Secret, Liquid, NaVi peminat tempatan juga mesti teruja dengan adanya beberapa orang pemain dari Malaysia.  

Selain merebut hadiah berjumlah $ US400,000 (Rm1.6 juta) tetapi juga mereka akan mengumpul 400 mata kelayakan yang diingini untuk mendapat lapan jemputan langsung ke acara terbesar Dota2 iaitu The International 2018.

Copyright : ESL [ Adela Sznajder]

Format pertandingan untuk acara Grand Final, akan dimainkan dalam format Terbaik 5 (Bo5) manakala acara suku akhir dan separuh akhir akan dimainkan dalam format Terbaik 3 (Bo3).

Mengikut kajian terkini syarikat penyelidikan pasaran antarabangsa Newzoo,peminat e-sukan di rantau Asia Tenggara dijangka berkembang sehingga 16 juta ini juga secara tidak langsung menyumbang 33.8 juta penonton pada 2018.

Asia Tenggara merupakan rantau kelima terbesar memandangkan bilangan peminat sukan yang majoritinya, 38% bermain Dota 2, diikuti League of Legends dengan 32% dan Counter-Strike: dengan 29%.

Menurut Kevin Tann, Naib Presiden Promosi & Hiburan di Resorts World Genting, acara ESL ONE Genting ini diharapkan dapat memberikan peminat di Malaysia satu pengalaman yang authentic apabila acara sebesar ini diadakan disini.

Jualan tiket untuk ESL One Genting di Malaysia telah bermula pada hari Khamis, 19 Oktober 2017 lagi, namun jika anda berminat nak sertai dan alami sendiri pengalaman menyaksikan pertandingan berprestij ini, masih ada lagi tiket yang berharga RM320 dan RM620.

Anda juga boleh dapatkan tiket untuk tontonan awam untuk menyaksikan perlawanan peringkat kumpulan pada harga RM20 sahaja. Maklumat lanjut tentang setiap jenis tiket boleh didapati di sini atau kalau anda nak tahu lebih lanjut pasal acara ini boleh ke laman web ESL ONE

Sebelum tu, cuba tengok trailer pengenalan yang disediakan oleh mereka ni...

Sumber : ESL