F1NALE – Race terakhir F1 Di Sepang

September 27, 2017 - 10:59 AM


Selepas 19 tahun mengadakan perlumbaan Formula 1 (F1), nampaknya Grand Prix Malaysia yang akan berlangsung hujung minggu ini adalah yang terakhir untuk litar Sepang.

Banyak promosi telah dijalankan bersempena dengan F1NALE ini. Antaranya, harga tiket diberikan diskaun sebanyak 82%. Ini bermakna, tiket grandstand kini boleh didapati dengan harga RM613.68 dan untuk pemegang MyKad hanya RM336.18.

Acara yang akan bermula pada 29 September hingga 1 Oktober ini akan diraikan secara gilang gemilang sebagai ‘farewell’ kepada litar Sepang. Sementara itu, di F1 fan zone, yang sudah tentu menjadi tarikan setiap kali acara ini diadakan pula, banyak acara yang menarik dan lebih meriah akan ditonjolkan oleh penganjur.

“F1 akan kehilangan salah satu perlumbaan yang sukar dengan pengakhiran Malaysia di calendar perlumbaan “ begitulah komen Lewis Hamilton ketika ditanya media baru-baru ini.

Walaupun kontrak di Litar Sepang ini hanya akan tamat pada April tahun hadapan, namun disebabkan kurangnya sambuatan dari segi jualan tiket, bilangan penonton dan juga pelancongan menyebabkan ia ditamatkan tahun ini juga.

 

p/s : untuk peminat MotoGP, jangan risau pulak.. F1 je last race, MotoGP still on!

 

Sumber :  The Star Online