Filem Terbaru ‘Pirates Of The Caribbean’ Tanpa Johnny Depp

GAYA HIDUP
October 29, 2018 - 05:07 PM


Tidak pasti apa yang ada dalam percaturan Disney tapi berkemungkinan besar franchise Pirates Of The Carribean (POTC) akan di-reboot dan lebih mengejutkan lagi, tanpa Johnny Depp sebgai Jack Sparrow!

Memang berita ini mengejutkan ramai pihak terutama peminat franchise POTC kerana watak Captain Jack Sparrow telah terlalu sinonim dengan Johnny Depp. Selain menjadi watak penting dalam POTC, Depp telah menerajui franchise berkenaan selama 15 tahun.

Pengumuman yang mengejutkan ini dilakukan oleh Dave Vescio menerusi akaun twitternya 3 hari lalu!

Uish, tak dapat nak bayangkan macam mana POTC tanpa Jack Sparrow. Sebabnya watak Sparrow belum ‘dimatikan’ lagi, sekiranya disambung, macam janggal pulak kalau kita tengok pelakon lain yang bawa watak tersebut.

Kalau difikirkan, agak-agak siapa yang Disney akan pilih sebagai pelakon untuk menggantikan Johnny Depp sebagai Jack Sparrow?

Mampu sebaik Jack Sparrow sekarang tak? Apa-apa pun, good luck kepada pelakon baru nanti...