Flashe – Sarung Tangan Khas Untuk Tingkatkan Prestasi Atlet E-Sukan

GAYA HIDUP
December 04, 2018 - 04:15 PM


Ketika belanjawan 2019 diumumkan tempoh hari, industri E-sukan paling mendapat perhatian apabila RM10 juta diperuntukan untuk E-sukan. Untuk atlet, ini adalah perkembangan yang positif.

Selari dengan hype yang tengah membina ni, semakin banyak aksesori mula dihasilkan. Lagi-lagi yang khas untuk membantu dan meningkatkan prestasi atlet e-sukan. Kalau sebelum ini, IKEA tak nak ketinggalan dengan penghasilan perabot khas, terbaru ialah sarung tangan yang dikatakan mampu memberikan kelebihan kepada pemakai.

Flashe; sarung tangan yang diperbuat daripada bahan licin Teflon boleh mengurangkan geseran lengan pada permukaan meja selain mampu mengurangkan kesakitan pergelangan tangan akibat terlalu lama menggunakan tetikus.

Sarung tangan ini mempunyai pendakap khas yang mampu ‘memegang’ dan memastikan pergelangan tangan berada dalam kedudukan dan sudut yang optimum buat pemakainya.

Dalam bahasa mudah, Flashe bertindak sama seperti sarung tangan khas untuk atlet bowling, cumanya ini untuk pemain game tegar. Lebih lebih lagi atlet e-sukan.

Namun, projek ini masih dalam proses pengumpulan dana melalui laman crowdfunding iaitu Kickstarter. Flashe Performance Enhancing Glove kini telah mendapat 650 sokongan dengan kutipan terkini sebanyak $42,339.

Korang boleh mendapatkan Flashe pada harga $49 sepasang iaitu lebih kurang RM203.30, itulah nilai bayaran ‘entry’ untuk emmastikan projek ini diteruskan dan korang akan dapat sepasang sarung tangan berkenaan.

Maklumat lanjut : Flashe