Flying Taxi Akan Ditawarkan Oleh UberAir Di 5 Buah Negara



Mula di Dallas dan Los Angeles,  kini Uber  sedang mencari lokasi ketiga untuk melancarkan servis teksi terbang milik mereka.  Dengar cerita, Uber mahu ke peringkat antarabangsa.

Dalam satu pengumuman yang dilbuat oleh Uber; projek terbaru mereka iaitu Uber Air,  berfungsi menggunakan konsep yang sama seperti Uber iaitu e-hailing cumanya ia menggunakan kapal terbang elektrik VTOL (vertical take-off and landing).

VTOL Uber ini dijangkakan bergerak selaju 150 batu sejam dan boleh mencecah ketinggian 2000 kaki.

Kapal terbang ini mampu bergerak sejauh 60 batu iaitu kira-kira 80 km dalam satu pengecasan.  negara-negara yang telah termasuk dalam senarai Uber adalah Jepun,  yang memfokuskan di bandar Tokyo dan Osaka.  Selain pada itu India juga termasuk dalam senarai diikuti oleh Australia, Brazil dan juga Perancis.

Dikhabarkan, Dallas akan menjadi bandar pertama  yang bertindak sebagai demo perkhidmatan teksi terbang ini pada tahun 2020. Ia akan ditawarkan sepenuhnya kepada orang ramai menjelang tahun 2023.

Dalam masa yang sama pihak Uber mengatakan yang  perkhidmatan mereka ini akan melibatkan bandar-bandar besar yang mempunyai populasi lebih daripada dua juta penduduk.

Walaubagaimanapun,  senarai negara dan bandar yang diumumkan oleh Uber ini hanyalah perancangan, senarai akhir akan diumumkan nanti

Macam best je tengok dia orang dah ada perkhidmatan teksi terbang.  kalau nak diikutkan Malaysia populasinya Tak adalah sampai macam tu,  jadi belum layak.  tiba-tiba terfikir,  kata lah Perkhidmatan yang ditawarkan di Kuala Lumpur,  agak-agak daripada KLCC nak pergi Petaling Jaya berapa dia charge?

Sebelum kita berangan lebih jauh jom kita tengok video yang disediakan oleh pihak Uber ni…