Foot Locker Pilih One Utama Untuk Buka Cawangan Pertama Di Malaysia

GAYA HIDUP
October 30, 2018 - 01:00 PM


Berita baik buat semua peminat kasut dan barangan sukan, terutamanya barangan yang ‘susah nak dapat’ di Malaysia. Selepas JD Sport, KL Sole mendedahkan sebuah lagi butik sneakers yang berasal dari US akan membuka cawangan mereka di Malaysia.

Foot Locker, butik sneakers yang tidak asing lagi dikhabarkan akan membuka cawangan mereka yang pertama di Malaysia. Memilih 1 Utama sebagai lokasi, berkemungkinan besar butik tersebut akan dibuka menjelang hujung tahun ini!

Selain terkenal di Amerika Syarikat dan Eropah, Foot Locker kebiasaannya akan menjadi tumpuan peminat kasut di sana untuk mencari kasut terbaru yang dilancarkan di pasaran.

Seperti JD Sport juga, Foot Locker ada mempunyai koleksi eksklusif dan ia hanya dijual di butik berkenaan sahaja. Kalau korang rajin ke Europe, mesti korang kenal sangat butik ni.

Harapnya, masa pembukaan nanti ada promosi yang menarik lah!