Fungsi Terbaru Whatsapp Boleh ‘Hentikan’ Perbualan Di Group WhatsApp



Masa WhatsApp memperkenalkan fungsi memadam perbualan tak lama dulu, boleh dikatakan kesemua pengguna aplikasi ni gembira. Ye lah, kalau ada typo “saya tengah break” jadi “saya tengah berak” dan terhantar dekat boss, sekurang-kurangnya boleh dipadamkan. Hihi.

Cuba korang bukak WhatsApp lepas baca artikel ni kejap lagi, cuba kira ada berapa group yang korang join? Group office, group office yang tak official a.k.a group kutuk boss, group main futsal, group kutu, dan macam-macam lagilah group yang ada.

Ada sesetengah ahli dalam group ni, kadang-kadang dia terlebih hyper sangat, dan sampai jadi annoying. Ada kaki copy paste, ada kaki hantar gambar bukan-bukan, dan ada yang bila tengah serius, dia main-main.

Mesti annoying kan? Nak left group, takut ada yang terasa pulak nanti. 

Kalau korang ada masalah macam ni, jangan risau. WhatsApp dikatakan akan keluarkan fungsi terbaru dalam update yang akan datang. Kalau betul apa yang dilaporkan oleh Metro UK, tak lama lagi, fungsi menghalang ahli lain daripada menghantar mesej akan diperkenalkan.

Senang cerita, kita boleh ‘mutekan’ atau stopkan member-member daripada hantar mesej ke dalam group berkenaan. Fungsini kiranya berguna kalau kita ada maklumat penting nak disampaikan. So, kita mutekan dulu semua orang.

Tapi, fungsi ini hanya akan boleh diguna oleh Admin sahaja. Bila mode ini digunakan, ahli akan menerima ‘only admins can send messages’. Dan paling best, bahagian untuk reply jugak akan dihilangkan.

Untuk fungsi ini, dia hanya boleh digunakan pada WhatsApp versi 2.18.201 untuk android dan 2. 18. 70 untuk iOS.

Nota kaki :  lepas ni mudahlah kerja admin dalam group ye tak…? Kalau ada benda penting nak sampaikan, mutekan dulu semua... kan kan kan...