Furia – Basikal Konsep Futuristik Rekaan Francesco Manocchio

GAYA HIDUP
September 27, 2018 - 07:50 PM


Dengan segala teknologi yang ada, ada pelbagai basikal konsep yang direka untuk masa hadapan. Sebelum ini ada prototaip basikal tanpa rantai daripada CeramicSpeed, kali ini konsep futuristik basikal masa hadapan semakin banyak.

Dengan bantuan bahan yang dihasilkan menggunakan 3D printer, basikal berkonsepkan futuristic ‘furia’ ini turut membayangkan yang basikal amsa hadapan tidak menggunakan rantai, tetapi menggunakan hub tengah sahaja.

Walaupun produk ini belum dikeluarkan (hanya pembentangan konsep), tapi disebabkan perincian rekaan dan grafik seakan-akan ‘menipu’ ramai pihak yang menyangka ini adalah produk sebenar.

Dengan tujuan untuk memberi inspirasi sambil mengetengahkan bahan yang lebih inovatif, Franscesco Manocchio ternyata mahukan produk ini menjadi reality satu hari nanti. Selain telah memenangi anugerah kecemerlangan rekaan di Lazio, diharapkan satu hari kitab oleh nampak ‘Furia’ ini di atas jalan lah.