G-Shock Raikan Ulangtahun Ke-40 Gundam Dengan 4 Model Jam Edisi Khas

GAYA HIDUP
March 04, 2019 - 03:45 PM


Casio menerusi siri jam tangan G-Shock sekali lagi mengeluarkan edisi khas bagi meraikan ulangtahun. Sebelum ini mereka mengeluarkan untuk label muzik jazz, Blue Note, kali ini Casio mengumumkan pelancaran siri G-Shock sempena dengan ulangtahun ke-40 siri animasi Gundam.

Reka bentuk daripada Gundam RX-78-2, Zaku, RX-0 Unicorn dan RX-0 Unicorn Banshee telah dipilih untuk diadaptasi dalam rekabentuk dan warna jam tangan G-Shock.

Lebih menarik, setiap jam akan disertakan dengan ruang penyimpanan ‘Haro’. 3 model iaitu RX-78-2, RX-0 Unicorn dan Banshee akan didatangkan dengan Haro berwarna hijau manakala untuk model Char Zaku akan didatangkan dengan Haro berwarna merah.

Untuk peminat G-Shock dan Gundam, kesemua model ini akan dipasarkan melalui webstore Taobao pada pertengahan 2019.

 Dijangkakan, untuk sebuah jam berharga 18,000 - 23,000 Yen (~RM655 - RM836) bergantung kepada model jam.

Sumber