G-Shock x Livestock : Kolaborasi Menarik G-Shock Menyambut Ulang Tahun Ke-35

GAYA HIDUP
November 19, 2018 - 03:14 PM


Seperti kebiasaan untuk menyambut ulang tahun sesuatu jenama, mereka akan mengeluarkan sesuatu merchandise untuk memperingati ulang tahun tersebut, jika sebelum ini NASA ada mengeluarkan jam. Vans dengan kolaborasi-kolaborasi menarik, dan terkini G-Shock pula berkolaborasi dengan salah sebuah jenama yang terkenal dalam streetwear iaitu Livestock. 

Apa yang menarik untuk kolaborasi ini adalah tali yang digunakan bukanlah getah seperti kebiasaan model G-Shock, tetapi nylon.

BACA : Jam Eksklusif G-Shock Sempena Ulangtahun BIG-MAC Ke-65

Model G-Shock x Livestock DW5600 ini didatangkan dengan rekaan tali nylon dan juga dua rekaan sangkar jam yang berwarna hitam dan perak.

Jadi korang boleh la tukar ikut keadaan dan majlis untuk dapatkan rupa dan gaya yang berbeza.

 

Jam tangan kolaborasi G-Shock x Livestock ni korang boleh dapatkan secara online di laman web Livestock dan beberapa butik terpilih di seluruh dunia, di Malaysia tak pasti butik mana yang bawak masuk,apa yang pasti online harganya $148 (RM619) tak termasuk shipping ke Malaysia.