[Gambar] Senarai Penuh Aksesosi Musim Panas Daripada Supreme.

GAYA HIDUP
February 14, 2018 - 02:57 PM


Jenama streetwear paling popular dan hype Supreme mungkin belum menjadi ikutan di Malaysia, kalau ada pun mungkin tak ramai yang ada yang original. (Mungkin lah)

Selain berkolaborasi dengan jenama mewah seperti LV, Supreme merupakan simbol status untuk para remaja ataupun lebih mudah disebut ‘hypebeast’.

Menjelang musim panas yang bakal tiba tak lama lagi, Supreme telah mengeluarkan pelbagai barangan untuk rebutan para hypebeast semua. Paling unik rasanya adalah mesin pinball yang mendapat kolaborasi daripada Stern.

Ada ke hypebeast dekat Malaysia? Kalau ada, kami berminat nak tulis pasal anda! Sebelum itu, jom kita jamu mata tengok koleksi Supreme Spring/Summer 18 ini. Dikatakan ia akan mula boleh didapati di outlet Supreme di New York dan LA pada 15 Februari manakala di Jepun pula pada 17 Februari.

 

 

 

 

Nampak sesetengah barangan dia macam takde function, tapi kalau nak tahu, kejap je ada kat kedai, confirm sold out! Ada yang beli untuk koleksi sendiri, ada jugak nak jual balik. Hehehe..

So, korang ada ke berkenan kat mana-mana barang kat atas tu? 

Kalau nak, cubalah nasib dekat sini...

 

Sumber : Website | Supreme | Hypebeast