Game Command & Conquer Bakal Dihasilkan Kembali

GAYA HIDUP
October 18, 2018 - 05:14 PM


Kalau tak ada yang lama, mana mungkin ada yang baru, betul tak? Sama jugak dalam dunia video game ni. Sebelum adanya permainan video yang dimainkan sekarang, macam DOTA, Assasin Creed dan sebagainya, boleh dikatakan kebanyakannya akan main Command & Conquer. Tak kiralah versi Generals, mahupun Yuri’s Revenge.

Untuk korang, ada berita baik. Mungkin menggamit memori jugaklah nanti. Hehehe.

Electronic Arts (EA), syarikat yang mengeluarkan game ini bercadang nak hasilkan kembali siri permainan Command & Conquer ni. Dan semestinya akan diberikan nafas dan beberapa pembaharuan terbaru.

Kami rasa, dah tentulah daripada segi grafik. Teaser daripada EA pun macam bagi 'hint' yang sama. 

Oh, sementara nak tunggu versi baru keluar tu, ni kitorang nak belanja LINK DOWNLOAD, GOLD EDITION : Command And Conquer. Jangan risau, ni download halal.