Gara-gara Bergurau Letak Vape Di Mulut Bayi, Lelaki Direman 5 Hari

GAYA HIDUP
August 09, 2022 - 02:40 PM


Peniaga burger usia 23 yang letak vape di mulut bayi perempuan berusia enam bulan, direman lima hari. Polis menerima laporan kejadian oleh ibu bayi berkenaan, Sabtu lalu selepas video perbuatan itu tular.

Polis menahan lelaki yang tular videonya meletakkan vape pada mulut bayi perempuan di sebuah kedai makan dekat Bandar Baru Uda, di sini, dua hari lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid, berkata pihaknya menerima satu laporan polis berhubung video yang tular itu pada jam 2.56 petang kelmarin, dibuat oleh ibu kepada bayi perempuan berusia tujuh bulan itu.

Beliau berkata, susulan laporan itu, polis menahan lelaki berusia 23 tahun yang dipercayai kenalan kepada ibu saudara bayi itu pada jam 12.45 tengah hari tadi.

"Suspek yang juga seorang peniaga ditahan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Johor Bahru Utara (JBU). Polis akan memohon reman di mahkamah, esok," katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Destination: