Gaya Hidup Minimalism - Ini Cara Anda Memulakannya

GAYA HIDUP
October 24, 2018 - 04:17 PM


Golongan millennial dan minimalism tak dapat dipisahkan. Tapi sebelum kita pergi jauh ke topik minimalism ni, jom fahamkan apa itu minimalism.

Ada kalanya kita jadi minimalis disebabkan ‘terpaksa’ dan ada kalanya, memang kita seorang yang minimalis. Ambil contoh mudah, konsep rumah masa kini. Ramai yang memilih untuk tinggal di studio atau apartment yang biliknya limited. Sebab kebanyakan konsep rumah baru yang didirikan. Rumah disini maksudnya kondo dan apartment lah.

Seorang minimalis atau minimalism ni sebenarnya dia dengan sengaja (atau terpaksa) hidup dengan perkara yang betul-betul diperlukan sahaja. Keperluan. Dalam erti kata lain, dari rumah, sampailah ke pejabat, mereka yang minimalis ni selesa dikelilingi dengan benda yang sedikit tapi akan digunakan semaksimum mungkin.

Sebenarnya, kenapa golongan millennial gemar memilih untuk menjadi seorang minimalis? Satu, cara kehidupan yang sentiasa sibuk. Tak ada masa nak berkemas sana-sini. Contohnya, bila pinggan mangkuk dekat rumah tak banyak, penggunaannya pun tak banyak. Jadi nak basuh, cepat dan senang. Lagi satu, kita tak akan simpan benda yang akan ‘menyemakkan’ rumah. Padal tak pakai pun, biar berhabuk dalam almari. Buat apa.

Lagi satu, gaya hidup minimalis ni sebenarnya membolehkan kita bebas untuk menghabiskan masa dan tak perlu membazir dari segi duit dan beli barang-barang yang tak diperlukan. Kita akan gunakan dan habiskan masa dengan apa yang kita ada, dah mencukupi.

Sampai sini, sekurang-kurangnya korang dah faham lah kan apa itu minimalism dan minimalis? Sekarang ni, jom kita terus ke langkah-langak untuk mulakan gaya hidup minimalis!

 

#1 . Set Peraturan Minimalism

Ini terpulang kepada setiap individu. Sebabnya, minimalism ini berlainan fahamannya untuk setiap orang. Sesetengah, minimalis ini ideanya hanya pada pakaian, sesetengah pulak memilih untuk rumah atau perabot yang minimalis. Jadi, untuk korang… setkan dari awal. Nak minimalis dari segi apa.

Yang penting, ianya boleh dicapai. Jangan setkan perkara yang korang susah nak capai pulak. Dan kalau boleh, berkekalan.

 

#2. Mulakan Dari Awal

Langkah pertama untuk minimalis ni bermula dari barang-barang yang ada di rumah. Percaya atau tidak, setiap rumah mesti ada satu kotak (atau lebih) yang ada barang-barang lama atau boleh dikategorikan sebagai ‘sampah’. Dah tak diperlukan, tapi sayang nak buang.

Realitinya, barang atau kotak ni memakan ruang. Dan ini dah melanggar ‘etika’ seorang minimalis. Jadi, buangkan saja.

 

#3. Tak Guna, Tak Perlu – Buang!

Ingat, minimalis ni dia berpegang pada mentaliti less is more. Jadi, gunakan barangan yang ada sebaik mungkin dan semaksimum mungkin. Selagi boleh digunakan, guna. Kalau dah tak diperlukan, ambil beg plastic hitam, buang.

Kalau susah sangat, guna peraturan ni – Guna Dalam Enam Bulan atau Buang. Caranya, kalau barang yang korang sayang nak buang tu digunakan sekurang-kurangnya dua kali dalam enam bulan lepas, simpan. Kalau tak, ke tong sampah. Mudah kan?

Simpan apa yang korang perlukan SEKARANG, bukan untuk kegunaan masa akan datang.

 

#4. Susun Barangan Ikut Kategori

Langkah seterusnya, rumah atau bilik yang bersepah-sepah tu kita kemaskan. Lepas dah buang apa yang patut, susun semula semuanya ikut kategori. Kalau nak buat satu rumah, mulakan daripada bilik (atau ruang mana yang korang suka) kendian, selesaikan ruang seterusnya pulak.

Caranya mudah, kita ambil contoh alatan menulis. Cuba korang cari dekat rumah tu dekat mana korang boleh jumpa alat-alat menulis. Mesti meja depan ada satu pen, dalam bilik ada, dekat dapur ada.

Simpan semuanya ikut kategori, bukan lokasi. Kalau alat tulis, tetapkan ianya hanya ada dalam bilik, atas meja bekerja kita. Noktah. Biarkan dekat situ sahaja. Kemudian, mulakan dengan tempat lain pulak dan kategorikan barangan yang ada.

Bila dibuat macam ni, lebih mudah proses membuang barang korang lagi.

Kalau tak pasti berapa bilangan yang mencukupi, ikut guideline ini :

  1. 3 set cadar untuk setiap katil (dua kalau korang rajin mendobi)
  2. 3 tuala untuk setiap orang yang ada di rumah tu
  3. 3 cawan untuk setiap orang
  4.  

#5. Kalau tak pasti nak buang atau simpan, tanya diri sendiri 3 soalan ini!

Biasalah, dalam banyak-banyak barang nak dibuang tu, nanti boleh dikatakan 50% akan disimpan balik selepas ditapis.

Kalau korang ada masalah ni, tanyakan 3 soalan ni :

  1. Berguna atau tidak?
  2. Ada banyak lagi tak, atau inilah satu-satunya?
  3. Barang ni ada nilai sentimental atau tidak?

Kalau jawapan untuk KETIGA-TIGA soalan diatas adalah YA, maka simpanlah.

Korang tak perlu buang blender yang jarang-jarang korang pakai sebabnya itu je yang ada (walaupun jarang pakai). Korang tak usahlah buang album gambar yang ada memori dengan keluarga. Tapi, korang boleh buang blender tu kalau rosak dan korang dah ada blender lain. Poskad lama yang tulisan / keadaannya dah tak cantik untuk disimpan.

 

#6. Barangan Pelbagai Guna

Macam tadi, syarat nak jadi minimalis adalah hidup dengan benda yang sedikit. Jadi, untuk memaksimumkan penggunaan, cari alatan yang boleh selesaikan beberapa perkara dalam satu.

Atau, cari perabot yang boleh berfungsi lebih dari satu, contohnya sofa-bed. Dialah katil, dialah sofa. Almari yang tak terlalu besar, dan sebagainyalah.

 

#7. Penggunan Ruang Yang Minima

Susah nak kurangkan barang? Tak apa, kurangkan ruang yang barang tu pakai. Contohnya cawan, gantungkan di dinding, album gambar, scan dan simpan dalam komputer dan sebagainya.

Kuncinya, penggunaan ruang yang sedikit, gunakan ruang sepenuhnya. MAcam contoh, kawasan bawah tangga, daripada letak kotak, boleh tukar jadi sudut bacaaan misalnya. 

 

#8. Kurangkan Beli Barang Baru

Bila barang dirumah berjaya dikurangkan, janganlah ditambah semula dengan benda-benda yang tak diperlukan. Ini, bukan main kemas itu ini, minggu depan shopping sakan lagi. Tak jadi macam tu!

Kalau nak jugak, buang atau jual setiap baju lama bila korang gantikan dengan yang baru. Dengan cara ini, secara tak langsung, korang dah jimat dari segi perbelanjaan.

Tapi, nak diingatkan jugak. Gaya hidup minimalis ni boleh digunapakai, cuma jangan dijadikan beban pada diri sendiri. Kalau tak mampu ubah secara drastik, mula perlahan-lahan.

Semoga berjaya!