Gemar Ulang Pakai Baju Tanpa Dicuci, Ini Kesan Buruknya Kepada Anda

GAYA HIDUP
October 31, 2018 - 04:16 PM


Mesti ramai je yang buat macam ni kan, lagi-lagi kalau pakaian yang kita pakai dekat rumah untuk tidur dan sebagainya. Selagi tak kotor, selagi tu kita pakai.

Tahu tak, sebenarnya pakaian yang tak dicuci ni mengundang pelbagai penyakit bawaan seperti selsema dan deman? Bukan tu je, muka korang lebih mudah dinaiki jerawat ataupun liang pori tersumbat. Semuanya disebabkan habit ulang pakai baju tanpa dicuci.

Kesan buruk memakai pakaian yang tidak bercuci adalah;

#1. Tidak Bermaya Waktu Pagi

Berkemungkinan, keesokan harinya kroang akan berasa ‘lemau’. Tak kiralah awal ke, bangun lewat sedikit dari waktu biasa kroang bangun pagi, kroang akan terasa lemah dan tak bermaya. Ini adalah disebabkan bakteria-bakteria yang ada pada baju yang korang tak cuci tersebut. Ia telah merebak ke kulit dan mungkin ke bahagian lain menyebabkan korang jadi tak bermaya.

 

#2. Tidur Yang Terganggu

Selain masalah insomnia, korang akan berasa tidak selesa untuk tidur pada waktu malam. Berkemungkinan gatal-gatal, badan rasa berminyak dan secara tak langsung akan menganggu tidur korang jugak.

BACA : Susah Untuk Tidur? Anda mungkin Alami Masalah Insomnia

 

#3. Badan Berbau

Walaupun korang dah bersihkan diri, dah mandi bersih-bersih tapi bila korang sarungkan baju tidur atau baju yang belum dibasuh, ia akan menyebabkan badan kroang kembali berbau. Sebab utamanya adalah bakteria yang terperangkap pada baju tersebut. Secara tak langsung, bakteria ni akan menyebabkan korang ada bau badan yang kurang menyenangkan…

 

Jadi, rajin-rajinlah basuh baju dan kurangkan pakai pakaian tidur yang sama berulang kali tanpa dibasuh ye…