GOSH Copenhagen Kini Boleh Didapati Di Semua Cawangan Sasa

September 21, 2018 - 12:03 PM


Kebiasaannya, wanita-wanita dekat luar sana sangat setia pada jenama make-up yang mereka pakai. Kadangkala, ‘kesetiaan’ kita ni bukanlah pada brand aje, tapi lebih kepada padan atau sesuai dengan kulit kita.

Kalau u’olls peminat brand Gosh Copenhagen, ada satu berita gembira untuk u’olls. Baru-baru ni, Sasa Malaysia ada buat pengumuman yang Gosh Copenhagen dilancarkan secara eksklusif di Sasa.

GOSH Copenhagen ni wujud sejak 1979 dan diasaskan oleh kepercayaan Bo Tjellesen yang semua wanita berhak untuk dapatkan satu produk yang bukan sahaja berkualiti tinggi, tetapi trendy, inovatif dan terkini pada harga yang mampu-milik.

Atas dasar tu jugaklah, GOSH Copenhagen kini dipasarkan dan boleh didapatkan di 90 buah negara. Tapi, sejajar dengan pertambahan dan perkembangan jenama ini, kualiti masih sama sepeti asal keluarannya pada 1979.

Dengan adanya makmal R&D yang berteknologi tinggi, kesemua produk yang direka dan dikeluarkan oleh GOSH Copenhagen sendiri. Ini termasuklah mempunyai fasiliti pengeluaran yang diuruskan sendiri bagi memastikan setiap produk yang dihasilkan adalah sempurna.

Kalau u’olls tak biasa dengan brand ni, semua formula produk diorang ni menggunakan bahan natural tau. Macam contoh, dalam maskara ada argan oil, dalam foundation ada ekstrak rumpai laut dan macam-macam lagi bahan semulajadi dalam pelbagai produk diorang.

Apa yang penting, jenama ini percaya kepada cruelty-free, bukan saje tak diuji keatas haiwan, setiap produk adalah berasaskan tumbuh-tumbuhan (vegan) dan yang paling penting ia adalah BEBAS PARABEN.

Sempena pelancaran haritu, ada bebepara produk yang dihighlightkan dan u'olls boleh dapatkan di semua cawangan Sasa yang berhampiran. 

Untuk maklumat lanjut, u'olls boleh ke facebook page Sasa Malaysia ye.