Guys, Coca Cola Clear Dah Ada Dekat Family Mart. Jom Try!

GAYA HIDUP
August 02, 2018 - 04:47 PM


Sejak viral bulan lepas yang Coke ada produk baru, peminat setia Coca-Cola semestinya tak sabar nak dapatkan produk terbaru tersebut.

Diperkenalkan di Jepun awal bulan Jun lepas, Coca-Cola Clear kini boleh didapatkan di Malaysia. Tetapi, buat masa ni, hanya ada di Family Mart sahaja. Kalau nak diikutkan, harganya di Jepun 140 Yen (RM5 lebih kurang).

Apa yang best pasal Coca-Cola Clear ni, selain daripada warnanya yang jernih macam air kosong ni, difahamkan ia tidak mempunyai kalori. Kalau tengok posting di FB Family Mart Malaysia, ada yang cakap rasanya tak ubah macam air lemonade.

 

Korang dah beli ke belum? Hehe… Rasanya tadi dekat Family Mart Paradigm Mall dah ada.