Hari Wanita Sedunia 2019, Ini 7 Fakta Menarik Nak Kenal Mereka!



8 Mac setiap tahun telah digazetkan sebagai Hari Wanita Sedunia!

Maksudnya, hari ini adalah hari paling ‘ngam’ kalau korang nak menghargai atau menzahirkan rasa cinta, kasih dan sayang dengan pelbagai cara kreatif kepada ibu, isteri, anak, adik, kakak, teman wanita atau nenek masing-masing.

Ramai yang selalu mengatakan bahawa kaum hawa ini adalah manusia yang paling complicated di dunia. Yeke?

Mungkin dengan beberapa fakta menarik tentang wanita ini akan buat korang lebih memahami diri seseorang yang bergelar cik atau puan…

 

1. Wanita mampu tahan sakit lebih dari lelaki. Buktinya, tengok saja bila perempuan melahirkan anak. Kadang si suami yang seram dan pengsan dulu. Hehehe…

 

2. Wanita suka menangis bukan tanda mereka ni lemah, tapi dengan air mata itulah untuk mereka mencari kembali sumber kekuatan diri.

Sebab itu, orang selalu kata air mata adalah senjata seorang wanita!

 

3. Wanita selalu ‘shopping’ bukan saja suka-suka, tapi dengan membeli-belah ia terapi untuk mereka dapat melepaskan tekanan, perasaan marah serta melupakan seketika masalah yang menyesakkan dada.

 

4. Wanita mampu menyelesaikan masalah dalam keadaan ‘stress’, sebaliknya lelaki lebih gemar memilih untuk menjauhi atau mengelak situasi sedemikian.

Sebab itu juga wanita kadang-kala boleh melakukan lebih dari satu pekerjaan dalam satu-satu masa. Dialah chef di dapur, dialah cikgu di sekolah, dialah businesswoman di alam maya, dialah pelajar sambilan di kampus dan dialah juga kaunselor untuk anak-anak. Hebat, kan?

 

5. Wanita mempunyai memori yang lebih kuat daripada lelaki terutama dalam perkara berkaitan emosi, perasaan. Sebab itu wanita lebih sensitif dan selalu ‘over-thinking’.

Dek kerana mereka memiliki daya ingatan yang sangat kuat, penting ya untuk kaum lelaki ingat tarikh atau perkara-perkara penting dalam hidup wanita kesayangan anda, kalau tak memang mengundang musibah. Hahaha…

 

6. Wanita ada naluri semulajadi atau ‘instinct’ yang sangat kuat. Semakin mereka berusia, naluri tersebut semakin power. Buktinya, seorang ibu akan selalu tahu dan dapat merasai keadaan anak atau ahli keluarga dalam keadaan baik mahupun buruk tanpa perlu diberitahu, betul tak?

Apatah lagi kalau suami atau pasangan kita curang, sekejap je hati wanita dapat rasa.

 

7. Setiap kebaikan wanita diberi ganjaran pahala yang besar oleh Allah SWT.

Contohnya: sakit bersalin dapat pahala berjihad, seluruh harta anak tak dapat membayar nilai setitis susu ibu, seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 wali dan paling istimewa syurga setiap anak adalah di bawah telapak kaki seorang ibu.

p/s: Hari ini juga kalau korang nak tahu banyak produk kecantikan dan barangan wanita ada diskaun 'kaw-kaw', saja bagitau sebab wanita paling suka kalau dapat hadiah! Hihihihi…