"Hero Tak Didendang!" - Sebab Utama Kenapa Wartawan Tidak Boleh Diserang Di Medan Perang!

GAYA HIDUP
November 08, 2023 - 05:19 PM


Semenjak isu konflik yang berlaku antara Palestin-Israel mendapat perhatian masyarakat awam, hari-hari kita disajikan dengan liputan berita tentang keadaan di sana. Pelbagai maklumat disalurkan menerusi media sosial, televisyen dan corong radio.

Watak utama disebalik laporan-laporan berita dan info tentang konflik tersebut tidak lain tidak bukan adalah petugas media khususnya wartawan yang memainkan peranan penting dalam menyampaikan berita. Golongan ini merupakan yang pertama yang menerima maklumat tentang sesuatu sesuatu kejadian sebelum ditapis dan dikongsi kepada orang awam menerusi media sosial, televisyen dan radio.

Pernah tak kita tertanya kenapa golongan ini boleh membuat liputan macam biasa dan tidak diserang seperti orang awam yang lain? 

Jawapannya adalah ------- kerana mereka dilindungi!

Membuat liputan media di kawasan perang merupakan perkara yang sangat berbahaya buat mereka yang berada dalam bidang tersebut. Namun, sebagai kakitangan media, tanggungjawab tetap perlu dijalankan kerana hanya mereka yang mempunyai akses untuk menyampaikan berita kepada masyarakat tentang apa yang berlaku.

Untuk makluman, sebelum ini ramai wartawan dan pengamal media yang menghadapi risiko keselamatan apabila membuat liputan tentang konflik bersentaja atau peperangan. Hal tersebut mencetus kebimbangan sehingga menyebabkan berlakunya sebuah deklarasi mengenai keselamatan wartawan dan pengamal media yang terlibat dalam situasi peperangan atau konflik bersenjata.

Sebuah deklarasi telah ditandatangani pada 20 Januari 2003 yang bertujuan untuk mengingatkan pihak yang sedang berperang tentang prinsip dan peraturan kemanusiaan antarabangsa yang memberi pelindungan kepada kakitangan media ketika sedang berkonflik atau berperang.

Menurut Artikel 79.2 dan 51.3 Protokol 1, wartawan dan pengamal media boleh mendapatkan perlindungan dari Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (IHL) dengan syarat mereka tidak mengambil bahagian dalam sesebuah konflik atau peperangan.

Selain daripada wartawan dan kakitangan media, televisyen dan radio juga diberi perlindungan oleh IHL dan dianggap sebagai objek awam. Sebuah larangan menyerang objek awam telah ditetapkan oleh IHL sejak awal abad ke-20 dan telah disahkan semua pada 1997 Protokol 1 dan Statut Mahkamah Jenayah Antarabangsa. 

Disebabkan itulah kita masih menerima liputan-liputan berita berkenaan dengan apa yang sedang berlaku di Palestin ketika ini.

Besar pengorbanan wartawan dan orang-orang media dekat Palestin sana. Semoga keselamatan mereka akan kekal terjamin....

 

Kredit: Siakap Keli, Forbes

Destination: