Hobi Custom Hotwheels - Bukan Sekadar Hobi, Skill Tahap Tinggi Diperlukan.

GAYA HIDUP
November 19, 2018 - 02:57 PM


Sebut Hot Wheels ramai yang akan teringan masa zaman kanak-kanak, terutamanya lelaki. Kereta kecik diperbuat dari campuran besi "Die Cast" Macam-macam model dan warna. Seperti banyak lagi jenis permainan kini Hot Wheels diminati pelbagai peringkat umur. Ada yang mengumpul semua jenis, ada pula yang mengumpul jenis-jenis khusus sahaja. Tetapi kali ini kita nak cerita kat korang peringkat hobi Hot Wheel yang pada kami dah tahap seni.

Nak dijadikan cerita kami berkesempatan berjumpa dengan Safa dan Khairuddin. Dua orang rakan yang terjebak dengan hobi custom Hot Wheels. Bila ditanya macam mana mereka memulakan hobi ini masing-masing kata diatas dasar minat. Dimulakan dengan yang model biasa tetapi kemudian misi mencari jenis dan siri yang "rare". Tiba satu tahap masing-masing inginkan sesuatu yang lebih unik untuk dijadikan koleksi.

Dari situ lah bermulanya motivasi untuk mempelajari teknik-teknik custom. Tetapi diantara mereka minat mereka amat berbeza, Safa (MIMI MAVERICK) berminat dalam custom Volkswagen Combi manakala Khairuddin pula mahir dalam custom "Patina" dan karat. Kemahiran diantara mereka amat berbeza, ia dapat dilihat dengan mudah melalui hasil kerja tangan mereka.

Di tanya berapa yang mereka laburkan dalam hobi ini, kedua-dua mereka tidak memberi jumlah yang tepat. "Ada ribu-riban jugak le," kata Safa. Khairuddin sengih dan angguk je. Tetapi dari hobi ini datang pula permintaan dan tempahan dari penggemar Hot Wheels yang lain. Ada yang tempah untuk hadiah kepada anak, ada yang tempah untuk ditambah kepada koleksi sedia ada. Ditanya kos jika seseorang menempah dari mereka masing-masing berkata "Bergantung kepada apa yang dimahukan,". "Ada yang nak sama sebijik macam kereta lumba, siap stiker sponsor, ada yang sudah ada idea mereka sendiri" tambah Safa.

Untuk Khairuddin atau lebih dekenali sebagai Kapten Rusty dikalangan gang-gang Hot Wheels dia lebih kepada memburukkan atau mengkaratkan secara realistik yang mungkin. Level seni brudder ni lain macam, tengok lah sendiri dari gambar-gambar dibawah. Tak tumpah macam kereta karat betul. Ditanya macam mana dibuat Hot Wheels tu rupa karat. Khairuddin kata, "Kita main dengan kombinasi pasir, penanggal cat dan cat tona warna hitam, perang, oren dan merah. Teknik nya rahsia."

Ada banyak lagi aspek tentang hobi mereka dan Hot Wheels pada am nya. Tetapi apa yang pasti kita ni orang Malaysia bila dah minat tu tengok lah hasil nya. Memang gempak. Jika korang ada hobi yang unik, menunjukkan keperluan kemahiran yang tinggi silalah beritahu kami. Kami pun minat dan ingin mengetengahkan bakat-bakat korang yang awesome seperti ini.