Huawei Muncul Dengan Nova 4 – Peranti Sempurna Untuk Gamers Dan Kaki Selfie

GAYA HIDUP
January 18, 2019 - 10:30 AM


Huawei nampaknya melangkah masuk ke tahun 2019 dengan bergaya apabila melancarkan smartphone yang serba lengkap, Nova 4.

Kalau sebelum ini, nama mereka disebut-sebut apabila mengeluarkan model P20 dan P20 Pro, untuk tahun ini mereka memulakan ‘perang’ antara jenama dengan mempertaruhkan sebuah peranti yang boleh dilabel sebagai serba lengkap dengan harga yang tidak keterlaluan mahalnya.

Kalau nak diikutkan, Huawei dah lancarkan Nova 4 sejak Disember lagi, namun ianya baru dipamerkan di Malaysia Rabu lalu. Untuk orang ramai, jualan akan mula dilakukan pada 14 Februari nanti.

Selain sesuai untuk kaki photografi, teknologi yang dibangunkan oleh Huawei menjadikan telefon pintar Nova 4 ini sangat sesuai untuk gamers di luar sana. Ia didatangkan dengan pemprosesan Kirin 970 dan RAM berkapasiti 8GB selain ruang penstoran sebanyak 128 GB.

Hadir dengan tiga kamera belakang, ia mempunyai lensa utama dengan kamera 20 megapixel, kamera 16 megapixel untuk wide angle dan kamere 2.4 megapixel untuk mendapatkan imej bokeh.

Kebiasaannya, kalau kamera belakang power, kamera depan biasa-biasa sahaja kan? Tidak untuk Nova 4, Huawei meletakkan kamera depan 25 megapixel untuk meningkatkan ‘selfie game’ korang.

Dalam masa yang sama, Nova 4 memegang rekod untuk kamera depan paling kecil lensanya, bersaiz 3.055mm sahaja, tapi mempunyai keupayaan yang tinggi.

Hadir dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan crush blue, Nova 4 mempunyai kapasiti bateri sebanyak 3750mAh untuk penggunaan dalam jangka masa yang panjang.

Macam yang diumumkan, ianya akan berada di pasaran pada 14 Februari 2019, dijual pada harga RM1899.

Jom tengok review contoh gambar dan video daripada Nova 4 ni :