IKEA Akan Buka Cawangan Baru Di Batu Kawan 14 Mac Nanti – Orang Utara Semua Bersedia Ya!

GAYA HIDUP
February 19, 2019 - 04:46 PM


IKEA nampaknya akan memperluaskan lagi ‘jajahan’ mereka bulan Mac nanti. Selepas membuka cawangan terbesar di Asia Tenggara di Tebrau November lalu, kini pusat beli belah kelengkapan rumah dari Sweden, IKEA bakal membuka cawangan di utara pula. Lebih tepat, di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Cawangan ke-4 IKEA di Malaysia tersebut akan dibuka secara rasmi kepada pengunjung pada 14 Mac ini.

Tang Mana Lokasi IKEA Ni?

752, Persiaran Cassia Selatan 8, 14110 Bandar Cassia, Pulau Pinang.

Difahamkan, IKEA Batu Kawan akan mempunyai 49 buah ruang pameran yang didirikan di kawasan seluas 43.6 ribu meter pesegi dan kira-kira 300 kaki tangan yang sedia membantu orang-orang utara.

Seperti di tempat-tempat lain, IKEA Batu Kawan dijanga menerima kunjungan 50 ribu orang seminggu dan juga mempunyai restoran IKEA yang semestinya ada menu ‘wajib’ iaitu meatball. Selain itu, di IKEA Batu Kawan ni agak special sebab ada bakeri yang menyediakan pastry dan roti segar.

Apa-apa pun, orang utara nanti bersedia serbu IKEA tau... 

Credit foto : Penang Kini | Penang Property Talk