IKEA Malaysia Lanjut Polisi Pemulangan Kepada 365 Hari!

GAYA HIDUP
July 19, 2018 - 03:48 PM


Sedangkan pantai pun boleh berubah, inikan pulak hati manusia. Eh, bermadah pulak. Korang mesti pernah kan, beli barang dekat IKEA, seminggu pertama rasa cantik je dia terduduk, masuk sebulan, masuk dua bulan, dah rasa bosan, rasa tak kena. Besar sangatlah, warna tak naik lah dan sebagainya.

Lepas ni korang dah tak perlu risau lagi. Kalau sebelum ni, IKEA Malaysia ada sediakan polisi pemulangan dalam masa 100 hari, kini polisi tersebut dah dipanjangkan menjadi 365 hari! Ha, ini maknanya korang ada masa setahun untuk pulangkan semula barangan atau perabot yang korang dah beli.

Sasaran IKEA melalui lanjutan tempoh pemulangan ni semestinya nak berikan lebih fleksibiliti kepada kita sebagai pelanggan. Secara tak langsung, kita dapat satu pengalaman beli belah yang menggembirakan dan kurang tekanan. Iyelah, setahun tu tempah untuk buat keputusan yang tepat.

Untuk proses pemulangan, pelanggan perlu mengemukakan resit asal dan proses pembayaran balik akan dilakukan sama seperti proses pembayaran.

NAMUN, ada beberapa barangan TIDAK boleh dipulangkan iaitu peralatan tidur yang sudah digunakan, tumbuh-tumbuhan, barangan yang ditempah mengikut citarasa dan spesifikasi rumah sendiri ataupun produk yang rosak disebabkan salah guna, salah pasang dan terdapat kesan wear&tear.

Untuk tilam pulak, IKEA ada polisi lain. Kalau ianya terlalu keras atau terlalu lembut, masih ada masa untuk mengantikannya dalam masa 365 hari Cuma pastikan tilam berkenaan tidak kotor, ada kesan ‘peta’, dan rosak.

Maklumat lanjut berkenaan polisi penukaran dan pemulangan nib oleh dirujuk di IKEA.my/returnpolicy.

Oh iye, kalau korang tak minat barangan IKEA korang boleh tengok promosi perabot dan barangan elektrik di Jualan Penghabisan Stok Ga Heng, Sg. Long. 

 

All photo credit : IKEA