Ini 5 Kebaikan Kahwin Di Usia 30-an, Jadi Kepada Yang Bujang Jangan Risau Ya

GAYA HIDUP
January 15, 2018 - 04:45 PM


Ramai yang beranggapan bahawa usia 30-an adalah usia yang telah terlewat untuk berkahwin dan bagi segelintir wanita, meraka akan berhadapan dengan tekanan melebihi lelaki apabila sering ditanya soal perkahwinan.

Ingatlah bahawa ajal dan jodoh di tangan Tuhan. Adakala ditemukan dengan pantas dan adakala ianya lambat. Semakin meningkat usia, semakin matang diri dalam menghadapi ujian dan cabaran dalam hidup lebih-lebih lagi pada zaman yang serba mencabar kini.

Di sini kami kongsikan 5 kebaikan dan keuntungan jika berkahwin pada usia 30-an:

1. Pemikiran Lebih Matang Dan Emosi Lebih Stabil

Menurut kajian, setiap individu akan lebih tenang dan lebih matang dalam menghadapi pelbagai situasi dan perasaan invididu untuk menghargai cinta dan akan lebih fokus

2. Tidak Lagi Mengejar Keseronokan Dunia

Kebanyakkan individu di usia ini sudah puas berseronok dan enjoy. Pelbagai kejayaan sudah di gapai, sudah tentu bila berkahwin anda akan lebih bahagia kerana masing-masing tidak lagi mengejar cita-cita individu. 

3. Pembentukan Jati Diri Lebih Kuat

Mereka yang telah mencecah usia 30-an sudah membina jati diri yang kuat. Mereka juga mempunyai karisma serta matlamat yang kuat dan kebiasaanya akan dapat memimpin diri dan pasangan ke jalan yang lebih teratur

4. Memiliki Ekonomi Yang Kukuh

Individu pada usia sebegini telah mempunyai kerjaya yang tetap dan mungkin ada yang sudah memiliki kenderaan dan kediaman sendiri. Rumah tangga akan lebih bahagia kerana masalah-masalah kewangan tidak menjadi masalah utama.

5. Matang Sebagai Ibu Dan Bapa

Jika dikurniakan cahaya mata, mereka yang bersia 30-an pasti menjadi ibu bapa yang baik. Kesabaran dan kematangan yang tinggi akan membimbing mereka mmemberik kasih sayang yang terbaik untuk anak-anak