Ini Baru Piala Dunia Qatar 2022 Yang Sebenar, Skuad England Pulang Dengan Hadiah Seekor Kucing

GAYA HIDUP
December 12, 2022 - 11:55 AM


Biarpun skuad England balik dengan kecewa setelah tersingkir daripada saingan Piala Dunia Qatar 2022, namun dua pemain mereka tidak pulang tangan kosong.

Sebaliknya dua pemain Manchester City, Kyle Walker dan John Stones meninggalkan Qatar dengan hadiah seekor kucing.

Mereka membawa pulang seekor kucing terbiar yang disukai ramai pemain pasukan itu di pangkalan latihan mereka.

England tumpas kepada Perancis 1-2 dalam saingan suku akhir pada Ahad.

Kucing jalanan yang diberi nama Dave oleh Stones perlu menjalani kuarantin selama empat bulan sebelum boleh tinggal bersama dua pemain City itu.

"Dia hanya berada di sana satu hari. Jadi kami baharu sahaja mengambilnya untuk dipelihara," kata Walker.

"Dave amat dialu-alukan. Ada orang tidak menyukai kucing, tetapi saya sukakannya. Hari pertama kami tiba di sana (Qatar), Dave muncul.

"Setiap malam dia duduk di sana menunggu makanannya," ujar Stones