Ini Sebab Kenapa Malaysia Indonesia Sama Jom Baca Kisah Sebenar Empayar Melayu Kuno di Nusantara

GAYA HIDUP
October 16, 2018 - 12:49 PM


Ramai yang masih lagi tidak tahu tentang sejarah Empayar Melayu Kuno yang wujud di Nusantara sebenarnya. Sebab itulah sekarang timbul isu claim di Indonesia Malaysia, walaupun sejarah mengatakan kita adalah serumpun tapi ramai yang tidak tahu kisah sebenar. 

Jom baca Kronologi Permulaan Empayar Melayu di Nusantara Sebelum Abad Pertama Yang Ramai Orang Tidak Tahu ini. 

Sejarah ni sangat penting sebab ada pihak yang salah anggap bahawa Melayu datang dari Indonesia, ketika Parameswara membina kerajaan di Melaka

Di mana bermulanya kerajaan Melayu pertama? Kerajaan Melayu pertama bermula di "Medang Gana." Di mana lokasi Medang Gana?

Nusantara

Sebelum abad pertama Masihi, terdapat sebuah penempatan yang terletak di Kelantan, iaitu "Medang Gana (Medang Permulaan)." Pemerintah Medang Gana iaitu Sri Kripawarman bergelar "Wan Pa." Wan Pa telah melancarkan kempen untuk menakluk seluruh Chryse Chersonesos.

Chryse Chersonesos merupakan istilah yang merujuk kepada Semenanjung Emas (Semenanjung Tanah Melayu). Istilah ini digunakan oleh Claudius Ptolemaeus (Ptolemy) di dalam bukunya, Geographia.

Geographia ditulis berdasarkan sumber dari buku Marinos. Buku Marinos pula dihasilkan berdasarkan catatan seorang pengembara yang bernama Alexander (75 Masihi).

Wan Pa adalah seorang pemerintah yang hebat. Baginda berjaya menakluk seluruh Semenanjung Emas pada abad pertama (50 Masihi), lalu tertubuhnya empayar Yawadwipa (Jawadwipa). Empayar Yawadwipa ini sangat luas, dari Segenting Kra hingga seluruh Semenanjung Tanah Melayu.

Wan Pa menggelarkan bangsa yang mendiami jajahan takluknya dengan nama "Jawa." Yawadwipa (Jawadwipa) bermaksud Tanah Jawa. Nama ini terpakai di seluruh Asia Tenggara kerana Wan Pa telah menguasai seluruh Nusantara.

Wan Pa telah menjadi pengasas keluarga Diraja Kelantan yang paling lama dalam sejarah, sehingga awal abad ke-17. Wan Pa mempunyai 2 orang saudara yang terkenal iaitu :

1. Maliniwarman (Wan Malini).

2. Kaundinyawarman (Wan Kaundinya).

Wan Kaundinya mengasaskan kerajaan Funan.

Empayar Yawadwipa bertahan selama 300 tahun. Kejatuhan empayar yang diasaskan oleh Wan Pa ini disebabkan oleh serangan dari kerajaan Funan, yang diasaskan oleh saudara baginda. Wilayah Yawadwipa kemudian diletakkan di bawah kuasa Funan.

Empayar Funan merupakan empayar Melayu yang diasaskan oleh Kaundinyawarman (Wan Kaundinya), adinda Sri Kripawarman (Wan Pa). Funan berpusat di Sungai Mekong. Diasaskan pada tahun 68 Masihi di Delta Mekong, Vietnam Selatan, 18 tahun selepas Yawadwipa ditubuhkan.

Funan merangkumi Vietnam & Kemboja. Pada waktu ini, kedua-dua kerajaan Melayu kuno ini mengamalkan kepercayaan Hindu. Pada abad ke-3, Funan telah menguasai seluruh Yawadwipa (merangkumi Semenanjung Tanah Melayu).

Indrapura/Angadvipa (192 Masihi). Diasaskan pada tahun 192 Masihi oleh Sri Mara. Orang China memanggil Indrapura/Angadvipa dengan gelaran Lin Yin yang membawa maksud, "Hutan yang penuh dengan keganasan."

Lin Yin menjadi tapak berdirinya negara Campa. Negara ini didirikan oleh kaum Cam. Pada abad ke-4, Kerajaan Campa telah menguasai Funan.

Kita masuk ke abad ke-2. Geographike Huphegesis, buku yang ditulis oleh Ptolemy pada tahun 150 Masihi ada menyebut sebuah tempat yang bernama Coconagara. Coconagara merujuk kepada Gangga Negara yang berpangkalan di Perak.

Gangga Negara merupakan sebuah kerajaan Melayu-Hindu. Menurut catatan Hikayat Merong Mahawangsa, Gangga Negara telah diasaskan oleh anakanda Merong Mahawangsa yang bernama Raja Ganjil Sarjuna, keturunan Iskandar Zulkarnain.

Gangga Negara tidak luas, hanya merangkumi :

1. Beruas

2. Manjung

Empayar Gangga Negara musnah ekoran serangan dari Raja Rajendra Chola Deva I (India) sekitar tahun 1025-1026 Masihi.

Kedah Tua wujud sezaman dengan Gangga Negara dan Funan. Kerajaan Kedah Tua diasaskan pada abad ke-2. Kerajaan Kedah Tua ini dipengaruhi oleh agama Hindu-Buddha, buktinya melalui peninggalan candi di Lembah Bujang.

Pelabuhan Kedah Tua telah menjadi tempat persinggahan, pusat perdagangan dan tempat membaiki kapal pedagang dari Arab, India, Sri Lanka, Parsi dan Eropah sebelum mereka meneruskan perjalanan mereka ke Timur. Kerajaan Kedah Tua mencapai zaman kegemilangan pada abad ke-8.

Langkasuka tertubuh hasil penggabungan Kedah Tua dan kota-kota lain di laluan perdagangan Trans-Semenanjung pada abad ke-2 Masihi. Langkasuka merupakan sebuah persekutuan dari Pantai Timur ke Pantai Barat.

Sebelum abad ke-5, Gangga Negara dan Langkasuka (Termasuk Kedah Tua) berada di bawah kuasa Funan memandangkan Empayar yang diasaskan oleh Kaundinyawarman (Wan Kaundinya) ini menguasai seluruh Semenanjung sehingga ke Segenting Kra ketika itu.

Seterusnya, abad ke-3. Pada Abad ke-3 tertubuhnya kerajaan Pan Pan (Patani). Negeri Patani (Pan Pan) memiliki sejarah yang cukup lama, jauh lebih lama daripada sejarah negeri-negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu seperti Melaka, Johor dan Selangor.

Pan Pan ialah sebuah kerajaan kecil yang dipercayai wujud pada abad ketiga hingga ketujuh masihi. Pada abad ke-7, Pan Pan dikuasai oleh Srivijaya dan pada abad ke-8 Pan Pan menjadi kerajaan termaju di Semenanjung Tanah Melayu.

Ok pada abad ke 3 banyak berkait dengan Negeri Kelantan, jadi kami akan terangkan bahagian ini untuk artikel seterusnya. 

Srivijaya

Pada tahun 903 masihi, penulis Islam Ibn Rustah sangat kagum dengan kekayaan Srivijaya sehingga beliau pernah menyatakan yang tiada Raja lain yang sekaya dan sekuat Raja Srivijaya.

Pusat perbandaran utama Srivijaya pada zaman itu adalah di :

1. Palembang

2. Muara Jambi

3. Kedah

4. Chaiya

Ketika era keemasannya, Srivijaya adalah kerajaan yang terkuat dan terkaya. Empayarnya meliputi 15 negeri:

1. Pahang

2. Terengganu

3. Langkasuka

4. Kelantan

5. Dungun

6. Cherating

7. Semawe

8. Sungai Paka

9. Nakhon Si Thammarat

10. Krabi

11. Palembang

12. Sunda

13. Lamuri (Acheh)

14. Jambi

15. Kemboja

Pengaruh kuasa perdagangan Srivijaya di Lautan India telah membawa kepada penghijrahan penduduk kepulauan Melayu ke Madagascar.

Prambanan Temple: King of Medang & Srivijaya

Selain itu, pengaruh Srivijaya juga menjalar ke bahagian timur ke Borneo sehingga ke kepulauan Filipina, terutamanya kepulauan Sulu dan Visayas. Pada kurun ke-10, Kerajaan Tondo yang berada di bawah pengaruh Srivijaya telah ditubuhkan di Manila. 

Ketika zaman Dinasti Tang di China berlaku kekacauan yang menyebabkan aktiviti perdagangan terjejas. Selain Arab & Parsi, Srivijaya turut menerima kesan dari kemerosotan perdagangan.

Walaupun Srivijaya masih menguasai laluan perdagangan di Selat Melaka dan pesisir utara Semenanjung Tanah Melayu, perdagangan dan kekayaannya mula merosot pada penghujung kurun ke-9 dan awal kurun ke-10.

Pada penghujung kurun ke-10, aktiviti perdagangan dunia kembali pulih. Walau bagaimanapun, muncul dua pesaing baru Srivijaya : 1. Wangsa Chola (India) 2. Medang (Jawa Timur) Ketiga-tiga kerajaan bersaing merebut laluan perdagangan

Akibat dari persaingan tiga penjuru ini, Srivijaya menyerang dan menghancurkan kerajaan Medang (Jawa Timur) pada tahun 1006. Pada tahun 1025 pula, Srivijaya diserang oleh Wangsa Chola.

Peperangan antara Srivijaya dan Wangsa Chola memakan masa hampir 100 tahun. Srivijaya hanya berperang secara defensif. Kekuatan Srivijaya yang terletak di pulau-pulau yang mengawal selat tak berjaya dimusnahkan oleh Wangsa Chola.

Peperangan 100 tahun antara Srivijaya dan Wangsa Chola hanya sia-sia kerana tiada hasil. Ia cuma melemahkan kedua-dua belah pihak. Kemerosotan kuasa Srivijaya dan Wangsa Chola telah membuka peluang kepada orang Islam (Arab) untuk menguasai lautan Hindi.

Kelemahan Srivijaya telah menyebabkan banyak negeri lindungannya membebaskan diri dari kekuasaannya. Beberapa kerajaan serantau lain yang kuat juga mula muncul menyaingi Srivijaya.

Kerajaan Srivijaya runtuh pada abad ke-13 selepas kebangkitan Majapahit (Jawa). Berakhirnya Kerajaan Srivijaya tidak bermakna tamatnya tradisi pemerintahan kerajaan Melayu.

Beberapa percubaan untuk menghidupkan kembali Srivijaya telah dilakukan oleh waris-waris diraja Srivijaya yang menjadi pelarian di negeri-negeri yang masih setia.

Pada tahun 1324, Sang Nila Utama yang mendakwa dari keturunan diraja Srivijaya dari Bentan, bersama para pengikut dan tenteranya yang terdiri dari Orang Laut, telah menubuhkan Kerajaan Singapura Lama di Temasek.

Serangan Majapahit pada penghujung abad ke-14 bagaimanapun berjaya menundukkan kerajaan Temasek, dan rajanya, Parameswara terpaksa melarikan diri ke Semenanjung Tanah Melayu.

Parameswara kemudiannya mengasaskan Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1402. Kesultanan Melayu Melaka akhirnya menggantikan kedudukan Srivijaya sebagai kuasa politik Melayu yang utama di kepulauan Melayu.

Melaka seterusnya menjadi prototaip institusi dan titik rujukan budaya Melayu untuk negeri-negeri pengganti seperti

1. Kesultanan Johor (1528)

2. Kesultanan Perak (1528)

3. Kesultanan Pahang (1470)

Berat juga cerita ni, korang baca sampai habis tak? Bacalah sampai habis baru korang boleh sembang dengan Indonesia bahawa Malaysia bukan dari Indonesia malah kita dahulu adalah Nusantara!

Destination: