Ini Tanda-Tanda Anda Bijak Mengurus Kewangan Anda



Salah satu perkara yang selalu memeningkan kepala setiap orang adalah perihal kewangan. Dari segi perbelanjaan bulanan, komitmen, simpanan dan sebagainya.

Pengurusan kewangan salah satu elemen yang terpenting untuk kita meneruskan kehidupan sehinggalah hujung bulan. Jangan risau, sekiranya korang sendiri tak pasti pengurusan kewangan tu di tahap yang macam mana, ini kitorang ada senaraikan ciri-ciri atau tanda-tanda yang mungkin korang sendiri tak perasan.

Sekiranya ada tanda-tanda ini, tahniah. Sebabnya korang dah ada di landasan yang betul.

 

#1. Bajet/Belanjawan Bulanan

Bajet bulanan atau belanjawan isi rumah adalah salah satu item yang paling basic dan kunci untuk menentukan kesihatan kewangan korang. Dalam erti kata lain, aliran keluar/masuk duit tu diketahui kemana dan apa tujuannya.

Bajet bulanan ini secara tak langsung boleh digunakan untuk mengawal perbelanjaan yang tak patut. Disinilah korang boleh tentukan dekat mana perlu berjimat dan sebagainya.

Kalau berasa susah, ada beberapa aplikasi dan laman web yang boleh membantu korang untuk ‘track’ korang punya perbelanjaan. Cuma kena disiplinlah isi.

 

#2. Duit Yang Mencukupi Untuk Bayar Segala Komitmen

Bayaran kereta, sewa rumah, internet dan sebagainya itu termasuk dalam komitment bulanan.

Dalam erti kata lain, setiap bulan, dah ada amaun yang tetap untuk item-item yang ditentukan. Sebab itulah pentingnya ada bajet tadi. Sekirannya korang berjaya selesaikan kesemua komitment yang ada tanpa perlu mengikat perut. Maknanya pengurusan duit korang dah ‘A’. Kira lulus lah.

 

#3. Merancang

Segalanya yang memerlukan kewangan yang banyak, korang ada perancangan yang rapi. Misalnya nak bercuti, beli gajet baru dan sebagainya.

Dalam bahasa mudahnya, korang dah ada ‘tabung; untuk semua benda ni.

Bagusnya bila kita merancang, kita dah bagi sedikit masa untuk diri sendiri untuk menyimpan dan tak perlu untuk berhutang untuk dapatkan sesuatu atau gunakan kredit kad untuk bercuti.

Selain daripada tu, perancangan awal ni membolehkan korang dapatkan promosi terbaik atau lakukan banyak survey sampai jumpa harga yang paling sesuai dengan kewangan kita.

 

#4. Beli Ikut Kemampuan

Buat apa nak ikutkan sangat perbelanjaan kawan-kawan hanya untuk ikut trend. Beli ikut kemampuan korang. Tak gun ajika kita ‘henjut’ kad kredit, pakai jenama mewah tetapi semuanya hutang.

Gunakan debit kad ataupun cash, catatkan segala perbelanjaan dalam buku perbelanjaan korang. Macam ada satu tips kewangan ni, cadangan dia adalah tolak duit gaji bulanan tu dengan segala komitment, tolak duit simpanan, bakinya itu kita bahagikan ikut minggu.

Misal kata baki ada 1000 bahagi 4 minggu. Keluarkan tunai 200 untuk perbelanjaan seminggu misalnya. Jadi selepas berbelanja, kita tahu berapa yang tinggal untuk minggu ni. Dan secara tak langsung, kita akan berjimat.

 

#5. Disiplin Dalam Menyimpan

Tak kiralah apa yang dalam perancangan korang. Kalau dah berdisiplin buat simpanan, tahniah! Itu salah satu tanda yang menunjukkan pengurusan kewangan korang sebenarnya berjaya.

Duit simpanan ini korang boleh gunakan kalau ada kecemasan, kereta rosak dan sebagainya. Tak perlulah nak pinjam dekat kawan, adik-beradik dan sebagainya kan…

Menurut Business Insider, sepatutnya nilai simpanan yang patut ada dalam akaun atau bank korang adalah yang boleh menampung perbelanjaan korang selama 3 bulan.

Belum pandai atau selalu ‘bocor’? Mula perlahan-lahan. Yang penting, kena mula. Startlah harini, cuba simpan duit ikut warna. Macam contoh, harini dapat duit warna hijau, simpan, jangan gunakan.