Instagram Bakal Bebas Dari Fake Follower, Komen Dan Like

GAYA HIDUP
November 21, 2018 - 02:05 PM


Sekarang ni, terlalu banyak servis jual-beli follower dan boleh kata kebanyakan akaun yang follower tinggi di Instagram tu kebanyakkannya fake dan dibeli. Mungkin bukan semua, tapi kebanyakannya begitulah.

Antara Iklan Jual - Beli Like Di Instagram

Selepas ini, kesemua fake akaun termasuklah like, follow serta komen akan dikeluarkan daripada Instagram, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka. Sedar akan kewujudan beberapa aplikasi ketiga yang membantu dapatkan like, follower dan sebagainya, Instagram akan bertindak untuk hentikan segala ‘penipuan’ ini.

Menggunakan sistem mereka tersendiri, platform sosial media ini akan mula mengenalpasti akaun yang menggunakan servis-servis bagi menaikkan follower, like dan sebagainya. Hakikatnya, perbuatan ini telah secara langsung melanggar syarat penggunaan Instagram sendiri.

Setelah pembersihan dilakukan nanti, akaun yang dikenalpasti akan diberitahu melalui aplikasi tersebut yang mereka telah mengeluarkan kesemua trafik yang fake ini. Ini termasuklah pengguna akan diminta untuk menukar kata laluan yang baharu.

Naik Naikkan Like Insta?  :  Baca Tips Ambil Gambar Persis Instafamous

Menurut entri di blog Instagram tersebut, langkah ini akan dilakukan secara berterusan dan mana-mana akaun yang masih menggunakan perkhidmatan ini akan menjejaskan akaun Instagram mereka sendiri.

Usaha ini secara tak langsung sebenarnya untuk keselamatan pengguna sendiri sebab kebiasannya, servis-servis ini memerlukan beberapa maklumat untuk log masuk ke akaun Instagram. Ini memudahkan maklumat mereka jatuh ke pihak ketiga dan Instagram cuba untuk menghalang perkara yang tak diingini berlaku kepada pengguna mereka.

Yelah, kalau kata nanti digodam, orang akan salahkan Instagram pulak. Padahal, diorang sendiri yang duk bagi password dan maklumat dekat apps lain.

So, kalau korang terlibat atau pernah beli follower tu, berhentilah. Takut nanti akaun korang kena blok terus. Kan dah susah.

Jom usha jugak 25 Travel Instagram Malaysia Yang Boleh Korang Jadikan Inspirasi