Instagram Secara Tidak Sengaja Update Fungsi “Tap” Untuk Melihat Gambar Seterusnya Berbanding Menatal Kebawah

GAYA HIDUP
December 28, 2018 - 12:30 PM


Kalau korang perasan Instagram baru-baru ni ada update satu fungsi baru iaitu Fungsi “Tap” Untuk Melihat Gambar Seterusnya Berbanding Menatal Kebawah. Hal ini menyebabkan sesetengah pengguna instagram mula tertanya-tanya tentang fungsi yang agak pelik ini.

Kaedah baru ini membolehkan anda terus melihat pelbagai perkongsian baru dengan tap ke kiri atau ke kanan, selain terus memaparkan akses kepada Instagram Stories pada bahagian atas yang tidak hilang daripada perhatian pengguna. Langkah ini juga mungkin diambil pihak Instagram kerana perkongsian berbentuk Stories kini semakin popular, dan perkongsian biasa semakin berkurangan dari hari ke hari.

Kemaskini : Instagram mengatakan pepijat telah mengaktifkan ciri yang diuji ini secara meluas. Kini, mereka mengembalikan kembali kepada bentuk paparan menatal kebawah.

Korang pula macam mana? Lebih suka fungsi asal ke bawah atau jenis tap untuk tengok post berikutnya?