iPhone 8, 7S Dan 7S Plus Di Lancarkan September Ini Hanya Dengan 3 Pilihan Warna Sahaja

GAYA HIDUP
August 22, 2017 - 10:16 AM


Seperti tahun-tahun sebelum ini Apple akan mengeluarkan keluaran iPhone pada September. Lebih kurang sebulan lagi dan mungkin di jangka akan tiba di Malaysia dalam oktober itupun kalau tak ada deley. 

Dari segi pilihan warna, iPhone bertanggungjawab mempopularkan semula warna putih pada peranti dan juga kegilaan warna ros merah jambu semasa. Tahun lalu iPhone 7 dan 7 Plus ditawarkan dalam enam warna. Menurut penganalisa ternama Ming Chi Kuo, tahun ini ketiga-tiga model hanya akan ditawarkan dalam tiga warna.

Penganalisa ini turut mengatakan iPhone 8, 7S dan 7S Plus akan dilancarkan serentak pada bulan September ini. Warna yang ditawarkan ialah hitam, perak dan emas. Ketiga-tiga model turut akhirnya akan menyokong sistem pengecasan pantas 29W. Beberapa ramalan beliau sebelum ini adalah tepat dan untuk mengetahui ketepatan ramalan beliau ini kita hanya perlu menanti kurang sebulan dari sekarang.

 

ps: baru berangan nak beli iphone 8 plus merah...hahaha